Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir March 22, 2023 @ 1:14pm

Shasha Abedul Mengerjakan Ibadah Umrah Sepanjang Bulan Ramadan – “Awalnya, Saya Berniat Sahaja…”

Pelakon Shasha Abedul bakal menjalani ibadah puasa dan mengerjakan ibadah umrah sepanjang bulan Ramadan di Tanah Suci Makkah bersama ibu saudaranya.

Menurutnya, dia tidak ada perancangan untuk membuat ibadah umrah namun telah menyimpan niat pada tahun lalu.

“Sebenarnya saya tak ada rancang pun. Ramadan tahun lepas memang saya duduk dekat rumah sebulan, jadi saya berniat sahaja untuk cuba melakukan umrah semasa berpuasa.

“Saya kalau bulan puasa memang ambil cuti, jadi saya ambil keputusan untuk berada di sana selama sebulan,” jelasnya semasa ditemui di Majlis Kempen Ramadan Raya ‘Seindah Kasih’ Media Prima Berhad di Glenmarie.

Sebagai persiapaan, Shasha melakukan senaman setiap hari untuk bersedia mental dan fizikal dengan rutin semasa berada di sana.

“Saya dah diberitahu dekat sana memang sangat-sangat sesak (ramai orang), jadi saya kena bersedia secara mental dan fizikal.

“Saya pun ada buat sedikit persediaan seperti bersenam setiap hari sebab dekat sana kita perlukan tenaga tambah pula masa tengah berpuasa,” ujarnya.

Mengulas tentang melakukan ibadah berdua sahaja bersama ibu saudaranya, Shasha memberitahu ibadah kali pertama ini adalah untuk lebih fokus kepada ibadahnya sahaja.

“Ibu saya ada sedikit kesulitan untuk berjalan, jadi ia sedikit mencabar untuk saya fokus kepada dua-duanya. Niat saya ke sana memang nak fokus kepada diri sendiri.

“Saya pernah pergi sebelum ini tapi masa tu kecil lagi tak ingat apa-apa, jadi kali ini mental dan fizikal dah tahu apa yang perlu dilakukan,” katanya.

Selain itu, Shasha turut memaklumkan bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri disana dan buat pertama kalinya beraya berjauhan daripada keluarga.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 4 Oct 2018

Nabil Ahmad Dah Sedia Tukar Kerjaya?

Mencontohi pelawak terkenal, Shuib yang kini sibuk dengan perniagaan madu asli, Nabil juga mahu lakukan perkara yang sama. Buat masa ini, Nabil sedang usahakan perniagaan kosmetik & pakaian!

Contest Mon, 2 Jul 2018

#xtra好康头 | 邀你出席《妙探事务所 2》首映!

话题演员李光洙久违三年的大荧幕之作——搞笑侦探电影《妙探事务所 2》7月12日起,全马上映!xtra邀你出席首映,一同爆笑破案!

Trending Wed, 21 Mar 2018

Long Travel Distance Between Work and Home Will Literally Kill You

Studies have proven that travelling for too long on a daily basis can actually kill you!

Hiburan Tue, 17 Dec 2019

Ernie Zakri Alih Fokus Untuk Tunaikan Umrah Pula

Mentor Milenia pun dah habis, bolehlah Ernie fokus untuk beribadat pula ya?

Featured Tue, 6 Jul 2021

“Doktor Kata Kanser Perut Last Stage..”- Keadaan Ayah Semakin Tenat, Ebit Lew Mohon Doa Ramai

Keadaan bapa kepada Ustaz Ebit Lew yang semakin tenat sejak beberapa bulan lalu semakin mengundang sebak orang ramai. Terkini, beliau sempat berkongsi mengenai keadaan semasa ayahnya yang kini sedang  terlantar di hospital dan menderita. Dalam […]

Events Sun, 9 Jun 2019

#DramaRaya2019 : Hantu Raya Balik Kampung

Raya baru mula, hantu pun bukan main lagi ye?!

Featured Thu, 8 Sep 2022
Trending Tue, 13 Aug 2019

Isteri Hamil Maut Direnjat Ketika Mandi & Suami Pula …

Kerana sayang dan ingin bantu suami pula..

error: Content is protected !!