Selebriti By: Atiqah Johari May 13, 2024 @ 11:26am

“Kenapa Obsesnya Awak Untuk Nampak Baik?” – Aisyah Aziz Minta ‘Move On’ Macam Dewasa, Dakwa Dah Banyak Kali Minta Bella Astillah Cerai?

Penyanyi Aisyah Aziz tampil bersuara selepas adik kepada pelakon dan penyanyi, Bella Astillah iaitu Didi Astillah mendakwa kenyataan yang dikeluarkan Aliff Aziz dalam sebuah temu bual bercanggah dengan soalan yang ditanya.

Artikel Berkaitan: Didi Astillah Dakwa Aliff Aziz Turut Curang Dengan Isteri Orang Anak Tiga – “Tak Nak Ulas Apa-Apa Ke?”

Susulan itu, Aisyah yang juga adik kepada Aliff itu pula mendakwa pihak sana obses untuk kelihatan baik namun semua juga bersikap sebaliknya.

Bukan itu sahaja, Aisyah juga menyifatkan situasi yang dihadapi mereka ini seperti budak sekolah dan meminta untuk ‘move on’ seperti orang dewasa.

“Banyak kuda perang awak hihihi saya harap awak tahu awak disayangi
tapi saya musykil. Kenapa obsesnya awak untuk nampak baik sedangkan kita
semua prangai kelaot?

“Cant we just own our mistakes and move
on like adults? Seolah awak suka main game budak budak sekolah — complain2 gossip2. Awak silap satu je sebab nak tutup aib awak, awak buka aib orang lain. Awak ingat dia akan diam. sekali dia bukak
mulut. Salah dia, too damn much. Salah awak pun ada juga. sabar awak mashAllah,
sabar dia pun ada juga,” katanya.

Malah, Aisyah juga mendakwa telah banyak kali menyuruh Bella berpisah namun masih memilih untuk bersama dan dia juga mendakwa Bella tidak ikhlas.

“So actually awak nak apa? dah banyak sangat dah ni yang doa untuk kecelakaan keluaraga kita. yang jahanam kan kita. mintak tuhan amek nyawa kita.

“Awak compare mak saya dengan mak orang lain…funny. Bukankah generasi kita sepatutnya let go main bende2 compare ni. Wabak merebak. Kalau tak tahan, leave. Seek help. Go for couple’s therapy. Do something to gain back the trust. something! anything! berkali-kali kita suruh awak putus. Berkali-kali awak pilih untuk stay. Namun awak lupa untuk mendalami diri awak untuk betul2 ikhlas. Tak slay la macam ni.

“Awak tahu yang saya dari awal team settle this shit privately. Benda2 public ni semua menunjukkan kelemahan. Tapi
awak tak layan logic saya,” tulisnya lagi.

Aisyah Aziz

Menerusi hantaran lain pula, Aisyah menyeru Didi untuk menangkap layar mesej yang dihantarnya supaya orang ramai dapat menilai.

Aisyah Aziz

Artikel Berkaitan: “Saya Suka Orang Yang Tenang, Memilih Kata Yang Bijak & Tidak Meninggikan Suara… Mereka Beri Inspirasi” – Kongsi Video Motivasi, Aisyah Aziz Tuju Pada Siapa?

Artikel Berkaitan: Isu Dakwaan Aliff Aziz Berkhalwat, Aisyah Aziz Minta Netizen Henti Sebar Aib

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 28 Aug 2021

“Anak Belum Lahir Tapi Sudah Ada Rezeki Menanti” – Ayda Jebat & Nabil Mahir Bakal Timang Baby Girl

Pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir yang sedang menanti kelahiran anak sulung bakal menerima kehadiran cahaya mata perempuan. Perkara terbabit didedahkan oleh pasangan sejoli ini menerusi sidang media virtual dengan pihak media malam tadi. […]

Hiburan Mon, 2 Dec 2019
Hiburan Wed, 28 Feb 2018

杨采妮帮儿庆生「小黄花」4姐妹合体

43岁「玉女掌门人」杨采妮2017年4月底宣布顺利生下一对双胞胎儿子,她近日为一对双胞儿提前庆生,好姐妹梁咏琪、李心洁及许茹芸也分别携家带眷参加庆生趴。梁咏琪事后还PO出数张庆生照,4女神久违同框,引起不少粉丝关注。

Trending Wed, 9 Sep 2020

Covid-19 : Kedah Medical Centre Ditutup

Ianya sebagai langkah pencegahan..

Hiburan Sun, 5 May 2024

Terima Mas Kahwin RM3,000… Afifah Nasir Sah Bergelar Isteri Kepada Syed Hariz

Syoknya dah halal! Selamat Pengantin Baru, Afifah & Husband!

Featured Fri, 10 Sep 2021