Categories: SelebritiTrending

Kisah Lama Diungkit & Dituduh Jadi Penghasut, Natasha Elyzza Tampil Buka Mulut – “Please Buka Buku Baru”

Pelakon Natasha Elyzza tampil memberi penjelasan selepas dituduh menjadi punca pelakon Emma Maembong mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab.

Artikel Berkaitan: Dituduh Jadi Punca Emma Maembong Buka Hijab, Natasha Elyzza Kecewa Difitnah – “Tak Sangka Orang Anggap Sampai Macam Ni”

Jelas Natasha, dia seorang yang berkawan dengan semua orang dan tidak akan sesekali menghasut orang sekeliling untuk membuat perkara buruk.

“I’m the type of person that is friends with everyone. No matter who they are. And I believe everyone have their own good sides. Tak semuanya jahat. Tasha sejenis, nak nakal, nakal sorang tak payah nak hasut orang buat sekali,” jelasnya.

Malah, ada yang masih mengaitkan Natasha dengan isu kontroversi lepas bersama pelakon Fathia Latif mengenai sebuah siaran langsung di aplikasi Bigo.

“Pasal kes Fathia, to those yang still can’t move on about that. Please. Do your research betul betul ok pasal kes ni. Yes im the one yang started the live.

“But untuk menghasut atau mengajar orang buat benda bukan bukan tu semua adalah fitnah,” ujarnya lagi.

Susulan itu, Natasha turut meminta orang ramai untuk ‘move on’ dengan kisah silamnya dan buka lembaran baru serta memohon maaf jika dia ada membuat salah kepada sesiapa sahaja.

“Please lupa kan benda yang dah lama and buka buku baru please. And untuk sesiapa yang tasha ada buat salah silap terkasar bahasa atau terguris hati. Tasha minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki,” katanya.

Artikel Berkaitan: ‘Digam’ Lepas Video Aksi Panas Tular Di Bigo, Natasha Elyzza Akui Lebih Matang & Memilih Kawan – “Memang Masa Muda Saya Seperti Monyet”

Atiqah Johari