Categories: SelebritiTrending

Kongsi Foto Tangan Lelaki, Puteri Sarah Jumpa Pengganti Baru? Netizen Pula Petik Nama Pelakon Indonesia!

Pelakon Puteri Sarah Liyana sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila memuat naik sebuah foto di Instagram Storiesnya.

Menerusi hantaran tersebut, Sarah memuat naik foto tangan seorang lelaki sedang memegang telefon.

Susulan itu, foto tersebut mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat dan warganet tentang individu itu.

Namun begitu, ada segelintir warganet membuat tekaan dan memetik nama pelakon Indonesia iaitu Andi Arsyil memandangkan Sarah kini berada di Jakarta bersama anak-anak atas urusan perniagaannya.

Malah, ramai warganet gembira melihat kebahagiaan Sarah dan mendoakan dirinya bertemu pengganti yang lebih baik.

Artikel Berkaitan: Kongsi Foto Bersama Pelakon Popular Indonesia Refal Hady, Ramai Peminat Tak Keruan! Siap ‘Kenen’ Puteri Sarah Berjodoh Lagi!

Artikel Berkaitan: Timbul Persoalan Tidak Tolak Jodoh Orang Industri Dalam Tempoh Edah, Ini Respons Puteri Sarah – “Siapa Kita Menidakkan Takdir…”

Atiqah Johari