Categories: SelebritiTrending

Dihentam Isu Foto Mesra Dengan Aedy Ashraf, Pihak Pengurusan Ahirine Ahiruddin Beri Penjelasan

Selepas ditimpa kontroversi gara-gara foto mesra yang dikongsi pelakon Ahirine Ahiruddin, pihak pengurusan tampil memberi penjelasan.

Memetik laporan Gempak, pengurus dan juga Ketua Bahagian Perniagaan Domestik, WebTVAsia, Suzana Sukaimi memaklumkan bahawa foto yang dimuat naik tersebut adalah untuk mempromosi filem Tebus yang mula ditayangkan di Prime pada Khamis lalu.

“Gambar tersebut dimuat naik beberapa hari setelah selesai tayangan khas bersama media baru-baru ini di Instagram Ahirine beserta Poster filem Tebus yang ditayangkan di Prime pada 31 Ogos.

“Sebagai pelakon utama, turut dedikasi menyediakan bahan-bahan promosi seperti behind the scene photos, videos dan sebagainya bagi mempromosi dan menghargai karya Tebus.

“Gambar bersama kapsyen ‘A little romance wont hurt Ana & Johan’ itu adalah antara babak-babak behind the scene watak Ana & Johan selepas melalui banyak halangan dan akhirnya bahagia.

“Kami percaya produksi Tebus juga gembira kerana dapat banyak feedback dan respon positif,” jelasnya kepada Gempak.

Namun begitu, Suzana berkata, foto tersebut telah dipadam demi menghormati pihak-pihak tertentu dan bagi mengelakkan isu ini berpanjangan.

“Untuk menghormati pihak-pihak tertentu, dan tidak menjadi isu berpanjangan, gambar itu sudah pun diturunkan,” katanya.

Dalam pada itu, Suzana memuji sikap profesional Ahirine yang sentiasa memberi komitmen penuh untuk filem tersebut.

“Sebagai pelakon utama juga, Ahirine secara profesional dan penuh dedikasi komited untuk mengikut jadual yang ditetapkan bagi promosi filem lakonannya sendiri demi peminat dan pelakon.

“Ahirine memberikan 100% komitmen untuk menghargai hasil lakonannya sendiri, serta sangat dedikasi mengikut jadual yang ditetapkan bagi mengangkat watak Ana di dalam Tebus,” tuturnya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ahirine Ahirudin Dedah Detik Cemas Diganggu Stalker Selama 3 Tahun, Rupanya Kawan Sendiri ‘Miang’ – “Dia Tahu Rumah Saya, Hampir Buat Laporan Polis Sebab…”

Artikel Berkaitan: Nama Terpalit Dalam Puisi Curang & Foto Kontroversi, Aedy Ashraf Tampil Beri Kenyataan

Artikel Berkaitan: Susulan Muat Naik Foto & Video Mesra, Ahirine Ahiruddin Bidas ‘Statement’ Aedy Ashraf? – “Awak Nak Tahu Makna Kontroversi Sebenar?”

Artikel Berkaitan: Daiyan Trisha Kongsi Puisi Curang, Netizen Petik Nama Aedy Ashraf? – “Kenapa Bila Baca Ni Teringat…”

Sumber: Gempak

Atiqah Johari