Categories: SelebritiTrending

“Semoga Ada Jalan Noktah Supaya Tiada Pihak Mengganggu Ketenteraman Sarah & Cucu-Cucu Kami” – Datuk Yusof Haslam

Penerbit dan pengarah, Datuk Yusof Haslam mengharapkan bahawa kes saman yang melibatkan menantunya, pelakon Puteri Sarah Liyana dan bekas menantu Kazar iaitu Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan menemui jalan terbaik dan tidak berpanjangan.

Memetik laporan Harian Metro, Yusof juga berharap agar tiada mana-mana pihak mengganggu ketenteraman Sarah dan anak-anaknya.

“Saya dengan Datin Patimah enggan komen. Itu hak dia, tapi kami doakan yang terbaik supaya isu ini tidak berpanjangan.

“Semoga ada jalan noktah supaya tiada mana-mana pihak mengganggu ketenteraman Sarah dan cucu-cucu kami,” jelasnya kepada wartawan Harian Metro.

Malah, Yusof meminta orang luar untuk memberi ruang kepada Sarah untuk melangsungkan kehidupannya dengan bahagia dan aman.

“Biar Sarah meneruskan kehidupannya dengan tenang,” jawabnya lagi.

Sebelum ini, Puteri Sarah telah memfailkan saman terhadap Wiwi Darvinda atas sebab masih menjaja cerita dan bercakap buruk mengenainya di media sosial

Artikel Berkaitan: “Dah Tarik Saman Masih Nak Menyalak!” – Puteri Sarah Dedah Bekas Kakak Ipar Ira Kazar Masih Jaja Cerita

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Tetap Teruskan Saman Bekas Kakak Ipar Ira Kazar – “Kalau Tak, Tak Akan Berhenti Menyalak”

Artikel Berkaitan: Isu Jaja Cerita, Puteri Sarah Saman Bekas Menantu Kazar – “Kerana Mulut Badan Binasa”

Sumber: Harian Metro

Atiqah Johari