Categories: HiburanSelebriti

Tampil Anggun Hadiri Festival Filem Antarabangsa Venice, Kecantikan Scha Alyahya Dikagumi Ramai

Pelakon Scha Alyahya tampil meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas melihat penampilannya yang anggun di beberapa upacara ternama di Venice, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Scha tampil berkongsi beberapa kepingan foto penampilannya ketika menghadiri upacara Festival Filem Antarabangsa Venice Ke-80 dan pertunjukan fesyen jenama, Giorgio Armani, di sana.

Sebelum ini, Scha tampil anggum memperagakan busana putih rekaan Alia Bastamam di karpet merah Festival Filem Antarabangsa Venice Ke-80.

Dalam perkongsian tersebut, Scha turut mengenakan solekan nipis bersama gincu berwarna merah sekali gus menaikkan lagi kejelitaan seri wajahnya di upacara itu.

Selain itu, ibu kepada dua cahaya mata ini juga tampil jelita ketika menghadiri pertunjukan fesyen jenama terkemuka, Giorgio Armani bersama suaminya, Awal Ashaari.

Bukan itu sahaja, pasangan itu juga sempat berkongsi foto mereka bersama beberapa selebriti antarabangsa seperti India Amarteifio yang terkenal menerusi drama bersiri Queen Charlotte dan Yoyo Cao.

Kagum melihat penampilannya yang ‘effortless’ tapi bergaya, rata-rata pengikutnya memuji kecantikannya di ruangan komen.

Fatin Nurain