Categories: SelebritiTrending

“Lari La Jauh Mana Boleh Lari” – Dedah Bekas Isteri Tak Jawab Panggilan, Fizi Ali Bakal Bawa Isu Anak Ke Mahkamah?

Sekali lagi, hantaran penyampai radio Hot FM, Fizi Ali mengenai anak perempuanya, Nurul Ameena Sofea mencuri perhatian warganet dan masih tidak berkesudahan.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Fizi mendedahkan bahawa dia cuba menghubungi bekas isterinya, pelakon Shakilla Khoriri namun tidak dijawab dan dibalas.

“Seperti yang dijangka… call tak berangkat, whatsapp tak di reply… lari la jauh mana boleh lari… tengok jauh mana boleh lari lagi, pusing selagi boleh pusing,” kata Fizi.

Dalam hantaran sama, Fizi juga memberi bayangan bahawa isu mengenai anaknya ini seakan telah dibawa kemuka pengadilan.

“Date dah dapat… kita akan selesaikan di tempat sepatutnya… sabar sikit lagi daddy jumpa awak… InsyaAllah,” tulisnya lagi.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memberi pelbagai reaksi terhadap hantaran yang dibuat oleh Fizi.

Untuk rekod, Fizi dan Shakilla berkahwin pada 18 Februari 2018 namun bercerai pada Disember 2021.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Nurul Ameena Sofea, 4.

Artikel Berkaitan: Isu Rindu Anak, Shakilla Khoriri Sifatkan Hantaran Fizi Ali Sebagai Murahan… Enggan Berurusan Dengan Orang Ketiga

Artikel Berkaitan: “Dah Berapa Malam Asyik Mimpi Awak Je” – Kongsi Foto, Fizi Ali Beri ‘Hint’ Dihalang Bertemu Anak?

Atiqah Johari