[VIDEO] Peminat Kecewa Tengok Persembahan Meet Uncle Hussain Macam Tak Ada ‘Effort’ – “Lagi Sedap Aku Nyanyi Kat Karaoke”

Tular di media sosial baru-baru ini apabila kumpulan Meet Uncle Hussain membuat persembahan di konsert festival Rock The World.

Menerusi perkongsian di platform X, seorang pengguna memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan kumpulan Meet Uncle Hussain sedang membuat persembahan.

Rakaman berdurasi 1 minit 26 saat itu memaparkan vokalis, Cliff Umar mendendangkan lagu hits La La La Kerjalah kepada pengunjung yang hadir.

Namun, apa yang menjadi perhatian pengguna tersebut meluahkan rasa tidak puas hati apabila mendakwa persembahan kumpulan tersebut sangat teruk dan hambar.

“Meet Uncle Hussain order kat Shopee ke ni?

“Seriuslah sikit perform. Main stage besar tau ni. Jangan ingat band lama boleh tutup mata buat crowd sing along saja.

“Kalau tak ready, jangan accept offer. Bagi chance dekat band yang lagi bagus & ada effort,” kritik pengguna tersebut.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet turut memberi reaksi sama apabila menyatakan persembahan kumpulan tersebut sangat mengecewakan.

 

Khairil Khusyairi