Isu Rindu Anak, Shakilla Khoriri Sifatkan Hantaran Fizi Ali Sebagai Murahan… Enggan Berurusan Dengan Orang Ketiga

Pelakon Shakilla Khoriri akhirnya tampil memberikan respons susulan hantaran yang dimuat naik bekas suaminya, Fizi Ali sebelum ini mengenai anak mereka, Ameena Sofia.

Katanya menerusi laporan Berita Harian, hantaran tersebut disifatkannya sebagai murahan sekaligus menolak dakwaan bahawa dia tidak membenarkan Fizi untuk bertemu Ameena.

“Kalau betul saya tak bagi jumpa Ameena, dua tahun lepas saya sudah melakukannya, bukan sekarang.

“Saya malas nak ulas benda-benda murahan macam ini. Biarlah orang yang sepatutnya uruskan,” katanya.

 

Dalam pada itu, Shakilla menjelaskan bahawa dia ‘malas’ untuk melayan drama murahan dan mengaku mempunyai sebab kukuh kenapa dia masih menyekat nombor telefon bimbit Fizi.

“Ada sebab kenapa saya sekat Fizi daripada WhatsApp, soalan itu kena tanya pada Fizi sendiri.

“Lagipun, saya tak berminat nak berurusan soal anak dengan orang ketiga. Dia pun tidak ada hubungan komunikasi baik dengan saya, jadi kenapa perlu buang masa layan drama murahan.

“Saya ibu kandung Ameena, jadi kesihatan mentalnya lebih menjadi keutamaan saya,” jelasnya.

 

Enggan warganet terus berteka-teki mengenai isu tular Fizi tidak dapat berjumpa Ameena pada majlis graduasi, Shakilla berkata, ada banyak jalan dan usaha yang boleh digunakan Fizi untuk berjumpa anak mereka.

“Fizi memilih jalan penyelesaian dalam media sosial dengan mengharapkan doa orang ramai yang tidak tahu kemelut sebenar. Jadi, tidak mengapalah, biarlah dia,”ujarnya.

Terdahulu, Fizi menerusi hantarannya di Instagram berkongsi bahawa dia amat merindukan anaknya itu dan memberi bayangan seperti sudah lama dihalang untuk berjumpa Ameena.

Artikel Berkaitan:“Dah Berapa Malam Asyik Mimpi Awak Je” – Kongsi Foto, Fizi Ali Beri ‘Hint’ Dihalang Bertemu Anak?

Artikel Berkaitan: Mahu Hak Sebagai Bapa, Netizen Pula Minta Fizi Ali Layan Anak Tiri & Buat Anak Baru… Ini Reaksi Tuan Badan

Artikel Berkaitan: Dikritik ‘Terpaling Tersakiti’, Individu Bandingkan Fizi Ali Dengan Sharnaaz Ahmad Jaga Hubungan Bersama Bekas Isteri… Ini Respons Tuan Badan – “Tak Sama..”

Artikel Berkaitan: Warganet Pertahan Shakilla Khoriri, Dakwa Fizi Ali Play Victim & Acah Tersakiti?

Artikel Berkaitan: Label Isteri Kekasih Awal & Akhir, Netizen Tuduh Tak Jaga Hati Shakilla Khoriri… Ini Penjelasan Fizi Ali

 

Sumber: Berita Harian

Salma Syahbuddin