Categories: SelebritiTrending

“Lepas Cerai Lagi Teruk Perangai!” – Tak Bayar Yuran & Hantar Anak Ke Sekolah, Menantu Zainal Abidin Dakwa Bekas Suami Mungkir Janji?

Bekas menantu kepada jurulatih bola sepak kebangsaan Datuk Zainal Abidin Hassan iaitu Suzur Sofia mendakwa bekas suaminya, Mohd Zaiza Zainal Abidin tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah.

Bukan itu sahaja, Sofia turut mendakwa bahawa Zaiza tidak membayar yuran persekolahan anaknya.

“Ya Allah… anak orang semua pergi sekolah… anak aku duduk dengan dia (Zaiza), dia tak hantar pergi sekolah.

“Dah la tak bayar sekolah anak, aku yang bayar tunggakan 6 bulan… apa lagi lah dugaan.

“Kenapa lah nak rosakkan masa depan anak-anak. Memang jenis keluarga yang tak menghiraukan masa depan ke? Cukup lah yang tua bangka dah rosak, jangan babitkan anak-anak aku,” katanya.

Malah, Sofia meluahkan bahawa selepas mereka bercerai sikap Zaiza menjadi semakin teruk dan mungkir janji untuk berdamai.

“Rupanya dah lafaz cerai lagi teruk perangai. Aku nak berdamai, nak buat cara baik… Dan kau kata OK.

“Kau tipu aku… You hang on there… setiap sen aku tuntut. Aku tak mau tau, kau ada duit ka takda, ada kerja ka takda…

“Eddah aku kau tak mau bayar? Pi buat mahkamah sendiri. Shame on u,” luahnya lagi.

Terdahulu, Sofia dan Zaiza sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 14 Jun lalu selepas lebih enam bulan digantung tak bertali.

Artikel Berkaitan: “Semua Orang Idam Rumah Tangga Bahagia” – Sah Cerai Talak Satu, Bekas Menantu Zainal Abidin Enggan Bermusuh Dengan Bekas Suami Demi Anak-Anak

Artikel Berkaitan: Anak & Menantu Zainal Abidin Sah Bercerai Talak Satu Selepas 6 Bulan Gantung Tak Bertali –  “Harap Dia Tak Abai Nafkah”

Artikel Berkaitan: “Memang Patut Bapak You Mati” – Menantu Bengang Dengan Anak Zainal Abidin, Dedah Suami Ditanggung Bapa Mentua?

Artikel Berkaitan: “Dia Cakap Nak Gantung Saya Tak Bertali” – Enggan Lafaz Cerai, Anak Zainal Abidin Hassan Letak 4 Syarat Terhadap Isteri

Atiqah Johari