Categories: Kisah ViralTrending

Terkena Jangkitan ‘Rabies’, Nasib Kanak-Kanak Digigit Anjing Liar Raih Simpati Ramai

Baru-baru ini, tular di media sosial menunjukkan seorang kanak-kanak yang mengalami simptom terakhir penyakit rabies atau lebih dikenali sebagai anjing gila.

Menerusi perkongsian di TikTok, kanak-kanak tersebut sedang diberi air minuman namun dia terus menunjukkan simptom hydrofobia atau fobia terhadap air.

Bukan itu sahaja, dia juga mengalami kekejangan seperti sawan setiap kali cuba untuk minum air.

@incess.erlatih #viral anak kecil meninggal akibat gigitan #anjingrabies #waspada #anjingrabies #fyp #trending #viral #viralvideostiktoks ♬ suara asli – ⚘⍨⃝▓

Simptom terakhir hydrofobia ini akan mengakibatkan mangsa sentiasa haus tetapi akan mendapat sawan atau kekejangan selepas cuba meminum air.

Apa yang yang lebih membuatkan warganet bersimpati apabila ibunya bertungkus lumus memeluk anaknya yang sedang bertindak balas terhadap air.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet sedih melihat keadaan kanak-kanak berkenaan malah, ramai yang mendoakan kesihatannya.

“Ya Allah, berikan lah kesembuhan untuk adik ini. Allahukabar, sedih aku tengok budak tu. Beginilah sebab aku takut betul dgn anjing, walaupun anjing tu kecil, sumpah takut,” tulis netizen.

Menurut laman web Kementerian Kesihatan Malaysia, rabies atau penyakit anjing gila merupakan penyakit sistem saraf yang berpunca daripada jangkitan virus Lyssavirus melalui gigitan haiwan seperti anjing, monyet, kucing, kelawar, dan tupai liar.Baru-baru ini, tular di media sosial menunjukkan seorang kanak-kanak yang mengalami simptom terakhir penyakit rabies atau lebih dikenali sebagai anjing gila.

Menerusi perkongsian di TikTok, kanak-kanak tersebut sedang diberi air minuman namun dia terus menunjukkan simptom hydrofobia atau fobia terhadap air.

Bukan itu sahaja, dia juga mengalami kekejangan seperti sawan setiap kali cuba untuk minum air.

Simptom terakhir hydrofobia ini akan mengakibatkan mangsa sentiasa haus tetapi akan mendapat sawan atau kekejangan selepas cuba meminum air.

Apa yang yang lebih membuatkan warganet bersimpati apabila ibunya bertungkus lumus memeluk anaknya yang sedang bertindak balas terhadap air.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet sedih melihat keadaan kanak-kanak berkenaan malah, ramai yang mendoakan kesihatannya.

“Ya Allah, berikan lah kesembuhan untuk adik ini. Allahukabar, sedih aku tengok budak tu. Beginilah sebab aku takut betul dgn anjing, walaupun anjing tu kecil, sumpah takut,” tulis netizen.

Menurut laman web Kementerian Kesihatan Malaysia, rabies atau penyakit anjing gila merupakan penyakit sistem saraf yang berpunca daripada jangkitan virus Lyssavirus melalui gigitan haiwan seperti anjing, monyet, kucing, kelawar, dan tupai liar.

Nurul Hana