Categories: SelebritiTrending

“Maafkan Mama & Daddy” – Tak Sedar Hamil 10 Minggu, Balkisyh Semundur Khan Alami Keguguran

Pelakon Balkisyh Semundur Khan memberi bayangan bahawa baru mengalami keguguran bayi yang sudah berusia 10 minggu.

Menerusi hantarannya di Instagram Stories, pelakon drama popular Mak Cun itu memaklumkan dia tidak mengetahui bahawa dirinya sedang hamil kerana tiada sebarang tanda.

“Tak sedar dah berusia 10 minggu… kamu dah sempurna bentuknya.

“Maafkan mama & daddy sebab tak perasan akan kehadiran kamu yang tiada apa-apa tanda,” luahnya.

Untuk rekod, Balkisyh berkahwin dengan Mohd Nazri pada 26 Disember 2020 di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Nor Qaiyfaal Khan, 1.

Menerusi perkahwinan sebelum ini, Balkisyh juga mempunyai dua orang anak iaitu Nur Qalesya dan Muhamad Nor Qaisyh Khan.

Atiqah Johari