Categories: SelebritiTrending

“Mak, Abah… Selamat Hari Raya” – Kongsi ‘Tetamu Ghaib’ Datang Beraya, Ramai Sebak Tonton Video Diva AA

Pengacara kontroversi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA menyentuh hati warganet dengan video yang dimuat naiknya.

Menerusi perkongsiannya di TikTok, dia merakam video yang memaparkan ‘tetamu’ hadir ke rumahnya untuk beraya baru-baru ini.

Apa yang membuat ramai sebak adalah ‘tetamu’ yang hadir ke rumahnya itu tidak kelihatan namun dia menyatakan arwah ibu bapanya dan ahli keluarga yang telah meninggal dunia datang untuk beraya bersama.

“Oh mak… Selamat Hari Raya mak, lamanya tak jumpa mak… masuk masuk.

“Nenek ingat lagi Wan (Azwan) tak? Abah, Selamat Hari Raya dah bertahun tahun tak jumpa Abah.

“Atok Selamat Hari Raya. My cucu comel pun ada… masuk masuk. Sorry lah tengah memasak. Ingat siapa bagi salam,” katanya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet menzahirkan rasa sedih dengan Diva AA malah menganggap dirinya amat merindui insan-insan tersayang yang telah menghadap Ilahi.

Artikel Berkaitan: Serik Pernah Dikhianati, Azwan Ali ‘Jemput’ Ahli Keluarga Sudah Meninggal Dunia Ke Rumah Terbuka – “Walaupun Jasad Mereka Tiada, Namun…”

Atiqah Johari