Categories: SelebritiTrending

“Minta Maaf Itu Kelalaian Saya” – Isu Kehadiran Ustaz Wadi Di Majlis Perkahwinan, Ini Respons Janna Nick!

Sebelum ini, hangat di media sosial apabila ramai yang mengkritik pelakon Janna Nick kerana menjemput pendakwah bebas, Ustaz Wadi Anuar ke majlis perkahwinannya pada 10 Jun lalu.

Susulan itu, Janna mengambil pendekatan untuk menjelaskan perkara sebenar.

“Berkaitan Ustaz Wadi tujuan kita menjemput ustaz ke majlis kerana pada malam sebelum hari pernikahan kita adakan majlis doa selamat dan juga bacaan yasin dan malam itu juga Ustaz Wadi ada menyampaikan ceramah bertajuk ‘Memimpin Isi Rumah Ke Syurga’

“Kerana itu Ustaz Wadi tahu kita ada undangan perkahwinan dan saya pun tak tahu yang sebenarnya dalam Islam ni, kalau kita dah jemput, orang wajib datang,” ujarnya.

Dalam pada itu, Janna akui kesilapan dirinya dan memohon maaf atas apa yang berlaku.

“Saya minta maaf itu kealpaan saya. Saya sedar yang itu kelalaian dan kesilapan saya di mana majlis itu tak sesuai dengan kehadiran Ustaz Wadi.

“Benda ini Ustaz Wadi pun dah buat penerangan daripada pihak Ustaz Wadi dan daripada saya pun saya tak nak panjang-panjangkan perkara ini sebab saya menghormati Ustaz Wadi dan semua para-para ulamak sebab diorang adalah ilmuan yang mengajar dan menyampaikan ilmu kepada kita.

“So saya sebagai orang yang kurang dan cetek ilmu ini saya sangat menghormati mereka.

“Kalau nak kaitkan nama saya dengan Ustaz Wadi ni terlalu jauh beza kan so saya rasa hina sangat diri saya ni untuk kita panjang-panjangkan lagi.

“Dan saya mintalah kepada orang ramai mohon jangan lagi kaitkan Ustaz Wadi punya isu dengan saya,” kata Janna.

Janna ditemui di majlis tayangan perdana filem Jemputan Ke Neraka yang berlangsung di Starling Mall, Petaling Jaya, hari ini.

Jelasnya, dia juga telah membuat permohonan maaf secara peribadi kepada Ustaz Wadi.

“Saya pun dah buat permohonan maaf secara peribadi kepada Ustaz Wadi. So, antara saya dan Ustaz Wadi insyaAllah kalau Ustaz Wadi pun dah maafkan, saya harap semua boleh hentikanlah isu ini.

“Jangan salahkan antara satu sama lain sampai berbalah kerana niat saya hanya untuk memohon keberkatan minta Ustaz dan orang yang tinggi ilmu agamanya untuk mendoakan perkahwinan saya,” tuturnya lagi.

Atiqah Johari