Categories: SelebritiTrending

Netizen Kritik Anak Sakinah Terkencing Atas Sofa Nabila, Sharifah Shahirah Tampil Perjelas Situasi

Baru-baru ini, penyampai radio, Sharifah Shahirah berkongsi sebuah video yang memaparkan kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila sedang membersihkan sofanya kerana anak kepada Sharifah Sakinah terkencing sewaktu tidur.

Susulan itu, ada segelintir warganet memberi kritikan terhadap anak Sakinah iaitu Anais Adha, 6, dan menyifatkan anaknya itu tidak sepatutnya terkencing serta menyelar cara didikan Sakinah.

Oleh itu, Sharifah Shahirah tampil menjelaskan situasi sebenar bagi mengelakkan anak saudara dan adiknya itu dihujani kata-kata negatif warganet.

Jelasnya, dia membawa Anais melawat ke rumah Nabila pada malam itu dan menyatakan anak saudaranya itu seorang kanak-kanak yang berdisiplin kerana akan tidur pada pukul 8.30 malam namun dia terlupa untuk ke tandas sebelum tidur.

ā€œI repost from someone viral kan kita baca komen so elakkan korang dapat dosa kosong.

ā€œAnak Sakinah tido awal kita datang rumah Nabila pukul 10 malam so kita lupa sebelum tido dia patut pergi toilet.

ā€œAnak Sakinah sangat disiplin tido pukul 8.30 kita bawak pergi jalan malam-malam dia tido atas sofa ye,ā€ jelasnya.

Sehubungan itu, Shahirah meminta warganet untuk berhenti melemparkan komen negatif terhadap anak Sakinah.

ā€œAku yang besar pun pernah terkucil bila tido apa lagi budak kecik.

ā€œSo stop cakap comment kat TikTok cakap 6 tahun kencing bersepah pastu anak Sakinah Alhamdulillah so bijak boleh berfikir ye dia nak kencing dia pergi toilet dan dia sangat independentā€¦ sekian terima kasih.

ā€œKalau tengok kat TikTok ichiwon comment tu salah fikir eh salah salahā€¦ dia tidur dalam tak sedar ehhhhā€¦ tak baik tak baik,ā€ katanya lagi.

Atiqah Johari