Categories: SelebritiTrending

“Hati-Hati Besok Mati…” – Gara-Gara Suami Hina Kereta Biasa, Fatin Afeefa Pula Diserang Netizen?

Baru-baru ini, nama suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang menjadi bualan hangat apabila dia didakwa menghina orang yang memandu kereta biasa.

Malah, Aliff juga didakwa memperlekehkan beberaja jenis kereta seperti Mustang, AMG (Mercedes) dan lain-lain bukan dalam kategori ‘supercar’ malah melabelkan kereta-kereta sebegitu sebagai ‘najis’.

Artikel Berkaitan: “Jangan Bawa Najis Dekat Sini!” – Opai Didakwa Hina Orang Bawa Kereta Biasa, Wak Doyok Tak Puas Hati?

Ekoran kelantangannya itu, ramai pihak tampil bersuara dan menyelar tindakan Aliff antaranya Wak Doyok dan Tengku Panglima Johor.

Malah, gara-gara tindakannya itu, Fatin Afeefa turut diserang oleh segelintir warganet di Instagramnya.

Menerusi perkongsian Fatin, di memuat naik beberapa buah tangkap layar yang memaparkan dirinya turut terkena tempias.

“Hati-hati besok mati langgar Mustang ya.

“Attack sini la pulak,” tulis beberapa individu.

Tambah, Fatin turut mempersoalkan kenapa dia juga diserang sedangkan dia tidak terlibat dalam isu tersebut.

“For something I didn’t do?” tulisnya.

Namun begitu, Aliff telah tampil memohon maaf dan memperjelaskan bahawa dia tidak berniat menghina atau memperlekeh sesiapa.

Video yang tular tersebut sekadar gurauan bersama rakan-rakannya yang lain.

Atiqah Johari