Categories: SelebritiTrending

“Our Family Is Getting Bigger!” – Uyaina Arshad Umum Hamil Anak Kedua

Personaliti TV dan pengacara, Uyaina Arshad berkongsi berita gembira memaklumkan dia kini sedang hamil anak kedua.

Menerusi hantarannya di Instagram, Uyaina juga mendedahkan kandungannya kini sudah memasuki trimester kedua.

Susulan itu, dia memohon orang ramai untuk mendoakan keluarganya dalam keadaan baik.

“Salam everyone… We have some good news to share.

“2021 – Berdua, 2022 – Bertiga, 2023 – Bertiga + 1/2, 2024 – InshaaAllah Berempat. Alhamdulillah. Syukur pada-Mu Ya Allah.

“We are expecting our second child. Uyaina dah di trimester kedua sekarang. Our family is getting bigger. Tolong doakan keluarga kecil kami & semoga yang baik-baik untuk kalian juga.

“Selamat Tahun Baru 2024 buat kita semua. Goodbye #2023 Welcome #2024. Bismillah!,” kongsinya.

Sebelum ini, Uyaina turut memaklumkan dia mengalami keguguran namun tidak mengalami sebarang pendarahan.

Artikel Berkaitan: Uyaina Arshad Dedah Alami Keguguran Anak Kedua, Sempat Titip Ucapan Menyentuh Hati Buat Raja Syahiran

Artikel Berkaitan: Raja Syahiran Dedah Punca Uyaina Arshad Keguguran Anak Kedua

Untuk rekod, Uyaina mendirikan rumah tangga bersama Raja Syahiran pada 21 Disember 2021.

Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Raja Urhan.

Artikel Berkaitan: Uyaina Arshad Buka Mulut Isu Palestin, Lantang Beri Pesanan Pada Golongan ‘Neutral’ – “Selagi Mereka Tak Bebas, Kita Tak Bebas”

Atiqah Johari