Categories: SelebritiTrending

“Cinta Yang Terbaik Adalah Cinta Yang Buatkan Iman Kita Bertambah” – Raf Yaakob

Usahawan, Raf Yaakob atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob memuat naik sekeping foto di akaun Instagramnya mendapat perhatian ramai.

Menerusi hantarannya itu, dia berdoa jika diberi peluang untuk jatuh cinta lagi dia menginginkan seorang wanita yang lebih mencintakan Allah SWT.

“Bismillahirahmanirahim. Ya Allah dengan izinmu, jika benar satu hari nanti aku akan jatuh cinta, maka cintakanlah aku pada seseorang yang melebihkan cintanya padaMU.

“Agar bertambah kekuatanku untuk lebih mencintaiMu Ya Allah. Karena cinta yang terbaik itu adalah cinta yang bisa membuatkan iman kita bertambah,” luahnya di ruangan kapsyen.

Untuk rekod, Raf berkahwin dengan pelakon Mawar Rashid pada November 2017 namun sah bercerai pada November lalu atas dasar sudah tiada persefahaman.

Menerusi perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.

Artikel Berkaitan: Raf Yaakob Kongsi Foto Beserta Kapsyen ‘Cinta’, Netizen Pula Suruh Cari Cinta Baru… Ini Reaksi Tuan Badan

Artikel Berkaitan: Sah Berpisah Dengan Mawar Rashid, Peminat Titip Doa Buat Raf Yaakob – “Manusia Hebat, Ujiannya Juga Hebat”

Artikel Berkaitan: Selepas Buka Tudung & Umum Bercerai… Mawar Rashid Akan Kembali Berlakon, Masuk Studio Rakaman Bakal Jadi Penyanyi?

Artikel Berkaitan: Belanja ‘Selfie’, Peminat Puji Mawar Rashid Lawa… Namun Ada Yang Dakwa Wajah Hilang Seri? – “Kejap Buka Kejap Tutup, Macam Kedai Makan”

Atiqah Johari