Categories: HiburanTrending

Bukan Senang Nak Istiqamah, Umie Aida Ingatkan Artis Jangan Tinggalkan Akhirat – “Kalau Fokus Indusri Sahaja, Kita Goyang”

Aktres berkaliber, Datin Seri Umie Aida meluahkan rasa syukur apabila majlis ilmu yang dianjurkan di Musollah Aisya mendapat sambutan yang baik.

Menurutnya, tidak mudah bagi seorang artis untuk mengekalkan konsistensi dalam beribadah kerana industri hiburan sangat mencabar.

“Alhamdulillah, ia bagus untuk istiqamah. Istiqamah bukan senang dalam industri. Kalau tahu kelemahan kita, maka kita lebihkan ke majlis ilmu.

“Kalau berlandaskan industri sahaja kita goyang kita akan cepat terjatuh ke dalam lecak,” jelasnya.

Bahkan, pemilik nama sebenar Umi Khalsum Rahmad Ali itu mengakui perlu memaksa diri dalam mengerjakan ibadah atau amalan-amalan yang baik.

“Istiqamah adalah paksa diri untuk kebaikan. Perkara yang tak pernah buat, kita paksa juga untuk buat yg baik, bergaul dengan benda-benda yang baik dan bersama orang yang baik.

“Kita sertai majlis ilmu, bila kita tak tahu sesuatu perkara… kita akan dapat belajar. Kita perlu seimbangkan,” ujarnya kepada XTRA.

Dedah Umie, dia gembira kerana majlis ilmu di Musollah Aisya yang dianjurkan turut disambut baik oleh rakan selebriti.

“Saya bukan orang yang pandai, tapi saya baru belajar, kita sama-sama belajar.

“Alhamdulillah ramai rakan artis yang join sekali. Selalunya, majlis ilmu dihadiri dalam 500 orang. Majlis kitab pula dibuat seminggu sekali,” katanya.

Umie ditemui XTRA ketika majlis sidang media pelancaran single terbaharu Datuk Seri Alha Alfa dan Zara Zya berjudul Cinta Agung di Publika, Hartamas.

Dalam pada itu, mahu memupuk rasa cinta kepada Nabi Muhammad SAW, Umie memberitahu dia bakal menjemput ulamak untuk menceritakan kitab-kitab junjungan besar baginda.

“Kalau ada ulamak-ulamak yang datang, kita akan buat majlis. Akan datang, akan ada majlis tentang kitab-kita Rasullulah. Kita hanya mengenali tapi tak mencintai baginda.

“Ada ulamak yg bercerita tentang Rasulullah nanti. Bila kita ikhlas hati nak belajar, maka Allah akan permudahkan proses belajar itu,”

Umie berkata, Musollah Aisya sesuai untuk majlis yang tidak berskala besar dan ‘basic’ sahaja.

Untuk perkembangan terkini, drama dan telemovie lakonan Umie bakal ditayangkan pada awal tahun hadapan di berjudul Terlanjur Cinta, Mok Cun dan Lelaki Melayu Terakhir.

Syamir Shafie