Categories: Trending

Suami Amyza Aznan Sudah Sedar, Keadaan Stabil Tetapi Masih Dipantau Di ICU

Selepas ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Ampang sejak 25 Disember lalu, pelakon, Amyza Aznan meluahkan rasa syukur kepada Allah apabilia suaminya, Khairil Idzhar Md Nazir sudah kembali sedar.

Memetik laporan Harian Metro, keadaanya suaminya kini sudah stabil.

Sungguhpun begitu, suaminya dilaporkan masih lemah dan perlu dipantau rapi di ICU ketika ini.

ā€œAlhamdulillah, doktor beritahu keadaan suami stabil selepas sedar dari ditidurkan, dua hari lalu.

ā€œSaya melawat suami di wad ICU semalam dan ketika nak beri dia minum serta buka alat bantuan pernafasan pun, keadaannya masih lagi lemah dan nak bercakap pun dia beritahu penat.

ā€œSelain masih memakai alat bantuan pernafasan, makan pun masih melalui tiub lagi,ā€ jelasnya.

Amyza memaklumkan, suaminya menghidapi penyakit buah pinggan dan perlu meneruskan rawatan dialisis.

ā€œSuami juga perlu sambung rawatan dialisis di hospital dan saya juga tidak tahu berapa lama lagi dia akan dirawat di ICU,ā€ katanya.

Amyza turut meminta orang ramai untuk mendoakan agar suaminya diberi kekuatan untuk melawan penyakit tersebut serta segera diberi kesembuhan.

ā€œMenurut doktor, ia juga bergantung kepada kekuatan diri suami juga untuk melawan penyakitnya itu.

Jadi, saya memohon doa daripada semua agar suami segera sembuh,ā€ ujarnya.

Sementara itu, Amyza mengucapkan terima kasih kepada pelakon dan pelawak, Didie Alias yang juga merupakan sahabat baiknya atas kesanggupan menjaga suaminya di hospital memandangakan dia terlibat dengan komitmen lakonan yang perlu dijalankan di Negeri Sembilan.

ā€œSaya perlu menghabiskan baki penggambaran drama Yang Tahu Je Tahu di Rembau, Negeri Sembilan ketika ini.

ā€œPada masa sama, saya juga sentiasa berhubung dengan doktor dan pihak hospital untuk perkembangan suami dari semasa ke semasa,ā€ katanya lagi.

Sumber : Harian Metro

Syamir Shafie