Categories: SelebritiTrending

“Ramai Yang Tanya, Tahun Ni Ke? Apa Yang Saya Cakap, Insya-Allah…” – Wany Hasrita Jawab Desas-Desus Kahwin

Penyanyi Wany Hasrita sekali lagi tampil menafikan desas-desus mengenai dirinya sudah berkahwin.

Menurut Wany, perkara itu terlalu ‘private’ baginya untuk dikongsi selagi belum ada keputusan yang muktamad.

“Saya kena menafikan benda yang tidak betul di mana desas-desus yang menyatakan saya dah berkahwin tu belum.

“Benda macam ni saya rasa terlampau private untuk saya nak kongsi, lagipun saya perempuan kan. Selagi benda tu tak jadi, maknanya belum betul-betul confirm.

“Tapi apapun, bila dah sampai waktunya, masa yang sesuai kita memang akan share jugak. Sebab saya tahu, berada dalam industri, privacy tu tak boleh nak simpan semua,” katanya.

Menerusi sesi temu bual yang disiarkan dalam Melodi semalam, Wany juga turut meminta agar semua mendoakan agar perjalanannya dipermudahkan.

“Ramai yang tanya, tahun ni ke? Apa yang saya cakap, Insya-Allah. Jika Allah izinkan tahun ini, tahun inilah berjalan dan berlangsungnya. Tapi apapun, saya minta doa semua agar perjalanan saya dipermudahkan,” katanya.

Dalam pada itu, Wany masih belum bersedia berkongsi mengenai pilihan hatinya secara umum kerana terlalu awal untuk mendedahkannya.

“Siapa orangnya, saya rasa masih belum lagi untuk kongsi. Siapa yang tahu, tahu. Siapa yang dengar desas-desus, dengarlah. Tapi tapi untuk kita open, saya rasa terlampau awal lagi kot. Tunggulah nanti, kejap je,” ulasnya.

Sebelum ini, Wany dikatakan sedang bercinta dengan seorang juruterbang.

Fatin Nurain