Categories: SelebritiTrending

Semakin Seksi… Bergelek Sakan Bersama Rakan, Alya Iman Didakwa Culture Shock?

Pelakon dan model Alya Iman sekali lagi menerima kecaman netizen selepas melihat gelagatnya sakan bergelek di TikTok, baru-baru ini

Menerusi perkongsian di platform tersebut, rakan kepada pelakon itu telah memuat naik video mereka sedang menari bersama diiringi lagu, Hips Don’t Lie nyanyian Shakira.

Malah, Alya yang kini berpenampilan semakin seksi itu juga dianggap menerima kejutan budaya gara-gara pengaruh rakan sebaya.

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kecewa melihat penampilan terkininya dan berharap dia kembali ke pangkal jalan.

Walaubagaimanapun, video ini telah dipadam setelah beberapa hari dimuat naik.

 

Fatin Nurain