Categories: SelebritiTrending

Sweet! Muat Naik Foto Bersama, Ramai Terharu Lihat Diana Danielle, Farid Kamil – “Tears Of Happiness”

Hantaran terbaharu pelakon dan penyanyi jelita, Diana Danielle mencuri perhatian ramai warganet apabila memuat naik gambar bersama suaminya, Farid Kamil selepas kembali rujuk.

Menerusi hantaran itu, Diana memuat naik beberapa keping foto dengan Farid beserta kapsyen lucu yang memaparkan tangan Farid memegang bahagian perutnya.

“Takyah la kat perut 😅,” tulisnya ringkas.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan warganet menzahirkan rasa gembira melihat hubungan pasangan itu kembali terjalin dan mendoakan yang terbaik untuk rumah tangganya.

Malah, ada yang berseloroh dengan menyatakan bahawa Diana dan Farid bakal menimang cahaya mata yang ketiga apabila melihat foto tersebut.

Bukan itu sahaja, ramai memuji kecantikan Diana yang memakai hijab ketika sesi fotografi untuk sebuah jenama tudung terkenal.

Untuk rekod, Diana dan Farid berkahwin pada 3 November 2012 namun bercerai dengan talak satu pada 10 Ogos 2023.

Walaubagaimanapun, mereka memaklumkan telah rujuk semula pada 31 Ogos 2023.

Artikel Berkaitan: “Tanpa Sedar, Saya Rasa Sangat Bergantung Pada Farid” – Diana Danielle

Artikel Berkaitan: “Apa Yang Mereka Alami Sama Macam Kami” – Linda Hashim Tumpang Gembira Farid Kamil, Diana Danielle Rujuk Semula

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sweet! Farid Kamil Hantar Bunga Kepada Diana Danielle Di Set Penggambaran, Tak Tolak Rezeki Bersanding Semula

Artikel Berkaitan: Diana Danielle Syukur Doa Anak-Anak Agar Tetap Satu Keluarga Termakbul – “Saya Terharu…Rasa Sikit Lega”

Atiqah Johari