Categories: HiburanSelebriti

Kini Lebih Terbuka, Azira Shafinaz Kongsi Ucapan Manis Dari Kekasih Sempena Hari Lahir

Penyanyi kumpulan De Fam, Azira Shafinaz kini lebih terbuka dan tidak lagi menyembunyikan kisah cintanya dikhalayak ramai.

Sebelum ini, Azira mengakui hatinya sudah pun dimiliki namun masih belum ada sebarang perancangan untuk berumah tangga.

ARTIKEL BERKAITAN: Azira Shafinaz Mengakui Hati Sudah Dimiliki – “Bohonglah Jika Saya Tidak Cemburu…”

Terbaharu, Azira tampil berkongsi ucapan manis dari lelaki yang bernama, Yasser Khan sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-32.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Azira menerusi sebuah hantaran di Instagram Story (Igs), semalam.

“Happiest birthday to me love. Beautiful heart and soul you are. May Allah SWT bless you with the best of health sayang. Love you baby,” katanya.

Terharu dengan ucapan itu, Azira tampil meluahkan rasa sebaknya kerana dia amat menantikan ucapan istimewa itu dari kekasih hatinya.

Malah, Azira turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada lelaki yang berjaya menambat hatinya dan membuatnya kenal erti cinta.

“Sayang, why you have to make me cry? Was waiting your wish out of all people. Thank you for showing me what it’s like to be love by someone so kind and always thoughtful of others like you.

“I may not say very often, but please know I’m forever grateful four your existence. I love you, sayang,” luahnya.

Dalam perkongsian lain, Azira turut berkongsi gambarnya sedang memegang bunga ketika menyambut hari lahirnya bersama teman lelakinya itu diiringi kapsyen manis.

Bukan itu sahaja, pelantun lagu Bila Ada Kamu itu juga turut ‘tag’ akaun Instagram teman lelakinya itu di salah satu gambar yang dikongsinya.

“Just u & me 🕊️ 26/9 🥰,” tulisnya.

Fatin Nurain