Categories: SelebritiTrending

“Tak Ada Anak Bukan Alasan Kukuh Untuk Kahwin Lain” – PU Amin

Sejak kebelakangan ini, isu mengenai poligami menjadi bualan hangat di media sosial dalam kalangan warganet.

Malah, situasi menjadi bertambah hangat apabila seorang pempengaruh yang dikenali sebagai Abang Tesla membuat kenyataan bahawa dia berkahwin kali kedua atas dasar zuriat.

Susulan itu, pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Amin tampil memberi pendapatnya mengenai isu tersebut.

Katanya, golongan wanita sering dipersalahkan jika sesebuah perkahwinan tersebut tidak dikurniakan anak.

“Tak ada anak kita salahkan perempuan tak sihat, ada masalah, bila buat ujian kesuburan, rupanya lelaki yang ada masalah dalaman,” tulisnya.

Dalam pada itu, PU Amin menyatakan tidak mempunyai anak bukanlah satu alasan untuk berkahwin lain.

“Tak ada anak bukan alasan kukuh untuk kahwin lain, rezeki akan sampai tepat dan kena pada masanya,” ujarnya lagi.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Didakwa Berpoligami Sebab Zuriat, Abang Tesla Pilih Kahwin Lagi Kalau Isteri Kedua Masih Tak Boleh Bagi Anak?

Artikel Berkaitan: Kahwin 2 Kerana Zuriat, Netizen Bandingkan Abang Tesla Dengan Izzue Islam & Beto Kusyairy

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “IVF Itu Usaha, Bukan Pembaziran.. Kenapa Tak Ambil Anak Angkat?” – Achey Istighfar Panjang Dengar Statement Abang Tesla

 

Atiqah Johari