Categories: Hiburan

“Harap Next Year Letak Ryan Bakery & Sofyank Kategori Lain-Lain” – Peminat Harap Sofyank Boleh Menang TikTok Awards Tahun Hadapan!

Malam TikTok Awards Malaysia 2023 menyaksikan pencipta kandungan terkenal, Sofyank tewas bermaruah di tangan pencabar terdekatnya, Ryan Bakery.

Sama-sama bersaing dalam kategori pilihan penonton, Popular Creator of The Year, Ryan berjaya menewaskan beberapa calon lain seperti Dr Ben Gee, Alex HKF, Its Jovynn dan Gigi Cheoh.

Menerusi pemerhatian XTRA di hantaran terbaharu Instagram Sofyank, peminat memberikan kata-kata semangat terhadap pemuda itu.

Peminat juga mencadangkan agar Sofyank diletakkan dalam kategori berbeza dengan Ryan agar pemuda itu berpeluang untuk merangkul trofi pada majlis anugerah akan datang.

Dalam pada itu, Sofyan yang berkongsi foto bersama Ryan dan pemenang Creator of The Year, Khairul Aming mengucapkan tahniah kepada dua sahabatnya.

Sofyank juga memberi bayangan mereka akan berkolaborasi dalam satu video jika diberikan rezeki untuk bekerjasama satu hari nanti.

“Sekarang kami dalam satu frame gambar yang sama, insya-Allah one day kalau ada rezeki kami bertiga dalam satu frame video effect yang sama pula nanti.

“Tahniah lagi sekali kepada @khairulaming dan @ryanfahmibakery merangkul gelaran Creator of The Year dan Popular Creator of The Year,” tulisnya di ruangan kapsyen.

ARTIKEL BERKAITAN: Hey What’s Up Guy! Khairul Aming Menang Creator Of The Year, Ini Senarai Penuh Pemenang TikTok Awards Malaysia 2023

TikTok Awards Malaysia 2023 yang diacarakan oleh Sherry Alhadad, Izzue Islam dan Amelia Henderson bersiaran malam tadi secara langsung di TV3 dan platform TikTok.

Padin