Categories: Hiburan

Tampil Lakonan Mantap Dalam Aku Yang Kau Sakiti, Netizen Geram Tengok Rita Nadira & Redza Rosli!

Naskhah Aku Yang Kau Sakiti arahan Riza Baharudin sedang hangat bersiaran di slot Samarinda TV3 mencuri perhatian kaki drama.

Lakonan mantap Rita Nadira sebagai Amanda dan Redza Rosli yang menjayakan watak Raikal meraih perhatian.

Menerusi pemerhatian XTRA di laman sosial Instagram, peminat geram melihat lakonan mereka.

Peminat juga tidak sabar untuk menyaksikan kesudahan drama bersiri ini yang hampir sampai ke penghujungnya.

Jangan lupa saksikan drama bersiri Aku Yang Kau Sakiti di slot Samarinda, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di TV3.

Tonton semua episod percuma dan eksklusif di http://www.iq.com/local atau di aplikasi iQiyi.

Sinopsis:

Mengisahkan tentang Amanda (Rita Nadira) merupakan seorang anak yatim selepas kehilangan bapanya, Tuan Danial yang dibunuh kerana berhutang dengan sindiket pinjaman wang.

Sejak kejadian itu, Amanda menetap di rumah peninggalan bapanya dengan ibu saudaranya, Mak Su (Jasmin Hamid) dan sepupunya, Sara (Iman Suhana) yang bersifat materialistik dan sering meminta wang daripada Amanda.

Amanda juga dijaga oleh keluarga Tuan Zaki (Zamarul Hisham) yang merupakan bapa kepada rakan baiknya, Bella (Fify Azmi). Tuan Zaki rasa bersyukur dan terhutang budi dengan sahabat baiknya iaitu bapa Amanda dan sekaligus telah menganggap Amanda sebagai anaknya sendiri.

Raikal (Redza Rosli) setia berada di sisi Amanda sepanjang dia di dalam kesusahan dan berhasrat untuk melamar Amanda sebaik sahaja dia menamatkan pelajarannya di universiti.

Namun, Amanda menolak lamaran tersebut dengan alasan masih tidak bersedia untuk berkahwin. Pada Amanda, dia ingin mengatasi trauma kehidupannya dan mencari kebahagiaan seperti rakan-rakannya yang lain.

Apabila mereka mencecah 20 tahun, Amanda bekerja di syarikat Tuan Zaki sebagai pembantu Bella. Amanda cemburu dengan kehidupan Bella yang sempurna. Ternyata, Amanda menyimpan dendam terhadap keluarga Bella.

Dia mahu menggulingkan Tuan Zaki kerana ayahnya pernah bekerja dengannya dan apabila perniagaan Tuan Zaki hampir muflis, Tuan Zaki meminta ayah Amanda meminjam dari Ahlong, sehingga Ahlong mengejar dan membunuh ayahnya kerana tidak dapat melangsaikan hutang.

Namun, Raikal (Redza Rosli) yang menyayangi Amanda, sentiasa sabar memberi nasihat kepadanya membuatkan Amanda kesal. Dapatkah Amanda membalas dendam kesumat terhadap ayahnya kepada Tuan Zaki? Atau kehadiran Raikal bakal mengubah persepsi Amanda dan perasaan ini akan mekar menjadi cinta?

Padin