Categories: #TriviaXTRA

#TriviaXTRA: Seorang Yang Pendiam & Ada Tabiat Tak Suka Mandi Sebab… Ini 4 Fakta Menarik Tentang Alya Iman!

Alya Iman atau nama sebenarnya Nur Alya Iman Azmil merupakan seorang pelakon dan model yang meningkat naik di Malaysia.

Alya memulakan karier dalam bidang seni sebagai seorang model sejak berumur 13 tahun lagi.

Kemudian, Alya mula berkecimpung dalam dunia lakonan dan semakin dikenali menerusi sebuah telefilem pertamanya bertajuk Lelaki Kelas Sebelah dan drama pertamanya, Senafas Rindu pada 2019.

Dengan bakatnya, Alya pernah tercalon dalam kategori Artis Baharu Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-33 pada 2020.

Untuk makluman, pelakon cantik ini merupakan anak bongsu kepada pelakon popular era 80-an iaitu Allahyarham Azmil Mustapha.

Jadi, untuk #TriviaXTRA kali ini, Alya Iman berkongsi beberapa fakta menarik mengenainya yang ramai tidak tahu 😎

1. Seorang Yang Introvert

Tak mudah jadi seorang selebriti, di mana perlu sentiasa kelihatan ceria dan ramah tapi Alya mengakui dirinya seorang yang berpersonaliti introvert.

“Saya seorang yang introvert walaupun nampak macam fun fun tapi sebenarnya saya pendiam”

Bila dah kenal rapat dengan orang introvert, barulah tahu macam mana gelagatnya 🤣

2. Tak Suka Nasi Ayam!

Siapa sini bukan fans nasi ayam? Okay boleh geng dengan Alya sebab dia dari kecil tak suka makan nasi ayam 😅

“Saya tak suka makan nasi ayam. Tak tahu memang tak boleh telan. Memang daripada kecil tak suka makan nasi ayam”

Lain orang lainlah cita rasanya. Tak giteww?

3. Muak Dengan Air Soya?

Ini antara perkara menarik tentang Alya! Dulu masa baby minum susu soya billa dah besar terus muak.

“Alya tak minum air soya sebab masa baby, arwah baba dulu bagi Alya susu soya. So, bila dah besar ni muak dah. Sebab tu je bukan sebab alergik atau apa-apa”

Wah! Ada yang sama macam Alya jugak ke dari baby minum susu soya?

4. Tak Suka Mandi Sebab…

Setiap orang mempunyai tabiat masing-masing. Sama jugak macam Alya, dia tak suka mandi 🤣

“I don’t like to shower! Contoh kalau saya kerja pagi, kalau ada photoshoot ke apa my makeup artist akan datang rumah and dia akan makeup I dulu then I akan tidur balik.

“Pastu nanti nak pergi kerja baru mandi sebab kenapa masa I duduk Syria dulu kan four seasons. So, masa snow I elakkan untuk mandi. Dekat sana tak panas, tak peluh, tak busuk so kat sana memang tak suka mandi. Tapi, kat Malaysia panas jadi kena mandi jugak”

Betul lah ek ada orang pernah cakap perempuan cantik memang tak suka mandi 😅

Atiqah Johari