Categories: SelebritiTrending

Tak Hadir Mahkamah Isu Pukul Bekas Isteri, Netizen Sindir Hafidz Roshdi – “Bila Kahwin Waras, Bila Ada Kes Terus Sakit”

Pelakon Hafidz Roshdi tidak hadir ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu bagi sebutan kes menumbuk bekas isteri, Nurul Shuhada di bahagian pipi kiri sehingga cedera hari ini.

Oleh itu, mahkamah telah menangguhkan perbicaraan kes tersebut pada 2 dan 3 Julai depan.

Pelakon itu dimaklumkan tidak dapat hadir ke perbicaraan hari ini atas sebab mengalami masalah kesihatan.

Ketidakhadiran Hafidz ke mahkamah hari ini mendapat kritikan daripada warganet kerana dianggap telah menyusahkan bekas isterinya yang datang dari Perlis dengan menaiki bas.

Artikel Berkaitan: Gigih Naik Bas Dari Perlis, Nurul Shuhada Akur Perbicaraan Ditangguhkan… Harap Hafidz Roshdi Beri Kerjasama

“Bila time nikah sihat walafiat, bila time mahkamah terus sakit termasuk sakit otak.

“Dah agak dah si gila tu buat perangai. Bila kawin mengaku waras… bila ada kes terus sakit!

“Saja nak lambat-lambatkan… biasa dah dengar kes macam ni. Sakit perut, sakit tangan, sakit anu, lumpuh mengejut, masalah mental, biasa dah.

“Ingatkan dah berubah lepas kawen,” komen warganet.

Terdahulu, Hafidz mengaku tidak bersalah atas tuduhan mencederakan Shuhada pada 2 Mac tahun lalu.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada berkahwin pada 30 April 2016 dan memiliki dua orang anak iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2.

Namun begitu, mereka sah bercerai pada 27 Julai 2023.

Artikel Berkaitan: Tumbuk Muka Isteri Hingga Koyak, Kes Nurul Shuhada Kini Dirujuk Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita & Kanak-Kanak

Artikel Berkaitan: “Kekasih Hati Takut Dikecam Lagi Sebab…” – Nurul Shuhada Dedah Punca Ditumbuk Hafidz Roshdi!

Artikel Berkaitan: “Parut Tu Akan Jadi Trend Baru” – Kongsi Benang Jahitan Luka Telah Dibuang, Netizen Puji Semangat & Kecantikan Nurul Shuhada

Atiqah Johari