Categories: SelebritiTrending

“Terbayang Masa Dia Pantang Dulu” – Kongsi Babak ‘Meroyan’, Netizen Terkesan Dengan Lakonan Puteri Sarah

Baru-baru ini, pelakon Puteri Sarah Liyana memuat naik sebuah video yang memaparkan dirinya tengah melakonkan watak bagi sebuah drama.

Menerusi hantaran tersebut. Puteri Sarah membawa watak seorang ibu yang baru bersalin dan mengalami meroyan ketika dalam pantang sehingga mahu membunuh bayinya.

“Realiti: Bila kurang kasih sayang dari seorang suami… Suami ambil mudah isteri meroyan semasa dalam pantang. #hijrahjannah,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata memuji lakonan Sarah yang dikatakan sangat menjiwai watak dan membuat penonton terkesan dengan adegan tersebut.

Malah, ada yang menyatakan babak tersebut seperti kisah hidupnya.

Dalam video tersebut turut memperlihatkan pelakon Remy Ishak memegang watak sebagai suami kepada Puteri Sarah dan warganet pada awalnya menyangkakan dia adalah Syamsul Yusof kerana gaya rambut seakan sama.

Artikel Berkaitan: Bawa Watak ‘Penyondol’, Puteri Sarah Tidak Kisah Dikecam Warganet

Artikel Berkaitan: “Kami Sudah Buat Keputusan” – Demi Anak-Anak, Puteri Sarah & Syamsul Mahu Berbaik

Atiqah Johari