“Thank You Rafael Jaga Mommy Time Pregnant” – Ketulusan Anak Mawar Rashid Curi Tumpuan

Tular sebuah video pelakon Mawar Rashid bersama anak lelakinya, Raden Muhammad Rafael yang sedang membantunya memakai kasut.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Mawar itu di laman Instagram, dia mengucapkan terima kasih kepada anaknya, Rafael kerana sudah menjaganya sewaktu mengandung.

“Thank you Rafael jaga mommy time pregnant. Love you son,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji kebaikan dan ketulusan Rafael yang membantu ibunya.

Malah warganet turut tidak melepaskan peluang untuk mendoakan Rafael menjadi anak yang soleh.

Untuk info, Mawar bernikah dengan Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob pada 9 November 2017.

Dharnieya Nur Amelsa