Menghilang Lepas Terima Deposit, Baby Shima Bengang Duit Puluhan Ribu Dibawa Lari ‘Bang Jamal’!

Baru-baru ini, penyanyi dangdut Baby Shima memuat naik sebuah hantaran yang mendakwa duitnya telah dibawa lari oleh seorang individu yang bernama Jamal.

Menerusi hantaran di Instagramnya, Baby Shima menyatakan bahawa dia telah menghubungi individu tersebut tetapi tidak berjawab.

Shima turut meminta individu itu memulangkan semula duitnya dalam tempoh 24 jam dan menegaskan bahawa dia akan membuat laporan polis serta mendedahkan wajah individu tersebut jika tidak berbuat sedemikian.

Memetik laporan mStar, Shima menyatakan wang yang diberi kepada Jamal itu adalah sebagai wang pendahuluan untuk memulakan sebuah perniagaan.

Menurut Shima, wang yang dibawa lari oleh individu tersebut berjumlah puluhan ribu ringgit dan terus menghilangkan diri.

Katanya lagi, dia mengenali individu yang bernama Jamal itu menerusi rakannya.

“Shima geram sebab bukan sikit ya duit yang kena tipu tu tapi puluhan ribu ringgit dan sehingga sekarang masih belum pulangkan… dia senyap macam tu saja.

“Sebenarnya Shima berikan duit itu atas tujuan perniagaantapi belum boleh dedahkan perniagaan sebab nak buat kejutan, sebab tu Shima percayakan dia… daripada segi percakapan semua memang menyakinkan sebab dia dicadangkan oleh rakan saya,” katanya ketika ditemui mStar.

Sumber:mStar

Atiqah Johari