[VIDEO] Fatin Afeefa Sedih Anak Dituduh Luar Nikah, Siap Sedia Tunggu Surat Mahkamah Dari Bekas Suami! – “Saya Ada Bukti & Lebih Berkemampuan…”

Tiada angin tiada ribut, pelakon dan penyanyi jelita Fatin Afeefa terkejut apabila namanya menjadi sebutan oleh bekas suami,  Adam Shahz berhubung dakwaan tidak membenarkan jumpa anak dan mengugut untuk sebar gambar di Pub.

Artikel Berkaitan: Muat Naik Hantaran Kes Perceraian, Adam Shahz Dedah Kawan Tunjuk Foto Bekas Isteri Dengan Lelaki Lain Di Pub?

Artikel Berkaitan: Bengang Dengan Hantaran Adam Shahz, Fatin Afeefa Dedah Bekas Suami Menipu & Tabur Fitnah – “Move On Lah 5 Tahun Dah”

Susulan itu, Fatin tampil menjawab persoalan netizen yang bertanya mengenai isu sebenar antara mereka berdua.

Menurut ibu kepada dua anak ini, Fatin berkata tidak pernah menghalang atau memburukkan bekas suami kepada anaknya,

“Saya tak pernah halang dia (Adam) jumpa anak-anak. Saya tak pernah buruk-burukkan bapa anak saya. Sangat kebudak-budakkan untuk sentuh mengenai anak saya. Anak saya Arrian bukan anak luar nikah, tolonglah!

“Selama ni tak pernah contact anak, ini tiba-tiba cakap nak jaga. Anak kau dah pandai cuci pinggan, lipat baju baru nak jaga. Time dia kecik tak nak pulak kau jaga. Dia lebih layak dengan saya.

“Dia bagi nafkah pada anak tapi setahun je, saya ada resit. Cuba tanya dia resit untuk empat tahun kebelakang mana? Tak ada. Saya tak pernah minta dia bayar balik nafkah,” ujarnya menerusi siaran langsung di TikTok petang tadi.

Disoal sama ada Fatin risau bekas suami ambil hak penjagaan anak perempuannya, Ivy Herra Sophia, jawabnya tidak pernah risau kerana yakin diri lebih berkemampuan.

“Saya langsung tak risau sebab saya tahu court case saya akan menang. Saya lagi berkemampuan untuk jaga anak saya. Saya nak dia start dulu isukan hal mahkamah, saya boleh jawab sekarang tapi saya nak dia keluarkan duit dia dulu. Selama ni asyik saya berlawan dan keluarkan duit.

Terlalu kecewa dengan tindakan bekas suami, Fatin titip pesanan ‘makan dalam’ dengan mendoakan dikurniakan rezeki.

“Macam ni Adam awak buat saya, saya doakan rezeki dia dimurahkan. Kalau nak saman, tolonglah saman saya. Peguam saya dah ready ada semua dokumen. Saya dah lebih dari bersedia cuma saya nak awak (Adam) keluarkan duit dulu sebab saya dah penat nak keluarkan duit saya dulu.

“Saya dah tak larat, dah lima tahun.. saya dah move on (sambil tunjuk cicin di jari),” katanya lagi.

@xtra_my

Replying to @Angel Mybaby Semoga ada jalan penyelesaian antara mereka dan dipermudah segalanya ☺️☺️❤️ #fyp #xtramy #fatinafikah #adamshahz #anak #luarnikah #fitnah #saman #beritaditiktok #sembangentertainment

♬ original sound – XTRA – XTRA

 

Aqilah Paharuzi