Merajuk Tak Dapat Lipstick, Celoteh Anak Izara Aishah Raih Perhatian

Tular sebuah video pelakon Izara Aishah bersama anaknya, Irisa Alaia yang pada awalnya ceria bertukar monyok hanya kerana tidak mendapat gincu.

Memek muka Irisa yang mencebikkan mulut lalu menangis dalam video berdurasi 17 saat yang dikongsikan oleh Izara di akaun TikTok miliknya mengundang tawa wargamaya.

@izaraishahAlahai anak 😂 Cannot play with mama mistip ok sayang 😂♬ DJ Sipak Nando Nando Meyden x DedeOmat – dedeomat

Selain itu, netizen juga turut memuji wajah Irisa yang cantik biarpun sedang menangis dan ada juga yang berpendapat wajahnya tak tumpah seperti ibunya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecomelan Irisa dan terhibur dengan gelagat si cilik itu.

“Nangis pun comel,” tulis salah seorang warganet.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 680,000 tontonan dan lebih 40,000 tanda suka.Tular sebuah video pelakon Izara Aishah bersama anaknya, Irisa Alaia yang pada awalnya ceria bertukar monyok hanya kerana tidak mendapat gincu.

Memek muka Irisa yang mencebikkan mulut lalu menangis dalam video berdurasi 17 saat yang dikongsikan oleh Izara di akaun TikTok miliknya mengundang tawa wargamaya.

Selain itu, netizen juga turut memuji wajah Irisa yang cantik biarpun sedang menangis dan ada juga yang berpendapat wajahnya tak tumpah seperti ibunya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecomelan Irisa dan terhibur dengan gelagat si cilik itu.

“Nangis pun comel,” tulis salah seorang warganet.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 680,000 tontonan dan lebih 40,000 tanda suka.

Halimey Zamal