“Kalau Kenen Gurau Tak Apa, Jangan Pula…” – Peminat Suka Gandingan Khai Bahar & Hawa Rizwana

Penyanyi dan pelakon, Khai Bahar sudah memahami permainan netizen yang suka mengaitkan dia menjalin cinta dengan wanita disekitarnya.

Baru-baru ini, peminat telah mengaitkan Khai dengan pengacara dan penyampai berita, Hawa Rizwana.

Namun, pelantun lagu Bayang itu menganggap perkara itu sekadar gurauan sahaja.

Terdahulu, Khai tampil bekerjasama dengan Hawa dalam muzik video single terbaharunya, Oh Wanita ciptaan penuh Harry Khalifah yang kini berada di kedudukan ke-16 carta ‘trending’ Muzik YouTube Malaysia.

 

Menurut Khai, komen ditulis oleh netizen dan peminat itu adalah sekadar gurauan dan usikan semata-mata.

“Kalau orang lain pun, ada rakan duet. Termasuk, yang berlakon juga mesti ada netizen atau peminat yang nak ‘kenen-kenen’ sebab nampak serasi dan mereka jadi suka.

“Untuk saya, jika nak ‘kenen-kenen’ dan macam gurau-gurauan itu, okay saja. Tapi, jangan sampai terlalu seriuslah,” katanya.

Khai turut berkata dia gembira dan berpuas hati dapat kerjasama yang sangat baik bersama Hawa walaupun ini merupakan pertama kali Hawa menjadi heroin muzik video.

Dharnieya Nur Amelsa