Categories: SelebritiTrending

“This Is Not A Joke!” – Muat Naik Bendera Israel, Janna Nick ‘Sound’ Baby Shima

Penyanyi dangdut Baby Shima memuat naik hantaran yang menunjukkan sokongannya terhadap negara Palestin yang kini sedang bergolak.

Namun begitu, hantarannya itu membuat segelintir warganet keliru di mana dia berkongsi foto bendera Israel.

“Praying For Israel. May Allah remove Isra-el from earth Ameen,” tulisnya.

Susulan itu, tindakannya itu ditegur oleh segelintir warganet dan juga pelakon dan penyanyi Janna Nick.

Malah, Janna meminta Shima untuk berhenti membuat content sebegitu kerana ia bukan perkara yang boleh dibuat gurauan.

“Stop buat content macam ni. This is not a joke. Tq,” komen Janna.

Menjengah di ruangan komen, ramai juga yang turut kurang senang dengan hantaran Shima itu dan menyifatkan dirinya tidak mempunyai sensitiviti dan menggelarnya ‘attention seeker’

Artikel Berkaitan: Abang Tesla Bergambar Dengan Baby Shima & Mondy Tattoo, Netizen Komen: ‘”Jadi Yang Ke-3 & Ke-4 Lah Alang-Alang”

Artikel Berkaitan: “Ini Ujian Dalam Cegah Kemungkaran” – Baby Shima Fail Saman Fitnah, Ini Respons PU Syed!

Atiqah Johari