Categories: SelebritiTrending

Buat Trend ‘Did We Make It?’ Dengan Bekas Suami, Elly Ariffin Gembira Jiggy Temui Pengganti Lebih Baik

Pengacara Elly Ariffin mengikuti sebuah ‘trend’ yang kini popular di aplikasi TikTok yang dikenali sebagai ‘Did We Make It?’.

Trend tersebut menunjukkan tahun permulaan hubungan seorang individu dengan individu lain sehingga kini.

Apa yang menarik perhatian ialah Elly menceritakan tentang perkenalannya dengan bekas suami iaitu pelawak dan pelakon Jiggy Masin.

“2012: Did we make it? 2016: Yes, we did!,” kongsinya.

Namun, jodoh mereka tidak berpanjangan dan mengambil keputusan untuk berpisah pada tahun 2020.

“2020: But, we divorced,” tulisnya lagi.

Walaubagaimanapun, Elly gembira apabila bekas suaminya itu telah menemui pengganti baru iaitu atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri pada tahun ini manakala, dirinya pula dikurniakan untuk rasa gembira.

“2023: Because Allah provided better for you. Her. And Allah grant me the ability to be happy,” katanya.

Untuk rekod, Elly dan Jiggy pernah berkahwin pada 9 September 2016 namun bercerai pada 30 Januari 2020.

Untuk makluman, Jiggy baru saja mendirikan rumah tangga kali kedua dengan Dhabitah Sabri pada 28 April lalu dalam sebuah majlis tertutup.

Artikel Berkaitan: Elly Ariffin Ucap Tahniah Kepada Bekas Suami & Dhabitah, Titip Pesan Dalam Perkahwinan – “Kunci Rumah Tangga Adalah…”

Artikel Berkaitan: “Tidaklah Semua Bekas Isteri Itu Teruk Sangat” – Elly Arifin Terkilan Dituduh Tumpang Populariti Jiggy & Dhabitah Gara-Gara…

Atiqah Johari