Selebriti By: Atiqah Johari February 21, 2024 @ 5:23pm

Tolak Bayaran Hutang Ali Puteh Secara Tunai, Ini Penjelasan Peguam Hidayah – “Ikut Undang-Undang Tiada Masalah Tapi Faktor Keselamatan”

Bekas kakak ipar Ali Puteh iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali memuat naik sebuah video bersama peguam yang mewakilinya bagi menjelaskan berkenaan isu pembayaran hutang Ali Puteh semalam.

Menurut peguamnya, Tuan Ibrahim tidak salah disisi undang-undang untuk Ali membayar secara tunai hutangnya itu.

Namun, Tuan Ibrahim memintanya untuk membayar secara terus ke dalam akaun bank atas faktor keselamatan anak guamnya.

“Dari segi undang-undang tiada masalah untuk Encik Ali bayar wang RM75,000 tersebut secara tunai. Tetapi, saya mengambil kira pada waktu itu, apabila sejumlah wang yang sebegitu besar ke rumah Puan Hidayah pada waktu senja dan benda itu pulak pada waktu itu pula dibuat secara live jadi semua orang akan tahu bahawa pada malam tersebut akan ada sejumlah wang yang besar.

“Jadi, atas dasar itulah saya macam bimbang atas faktor-faktor keselamatan kami menasihati pada Encik Ali dan menghubunginya kami minta supaya wang RM75,000 itu sama ada dibawa ke firma guaman ataupun lebih mudah boleh masukkan terus dalam akaun bank atau bawa draf bank, ini semua atas faktor keselamatan,” jelas peguam Hidayah.

Sebelum ini, Ali hadir ke rumah Hidayah dengan ditemani beberapa orang individu untuk melangsaikan hutangnya yang berjumlah RM75, 486.48.

Walaubagaimanapun, tindakan Ali tersebut turut menerima kritikan warganet kerana didakwa menerjah ke rumah bekas kakak iparnya itu.

Artikel Berkaitan: Selesai Dirumah Hidayah, Hutang Ali Puteh Berjumlah RM75,486.48 Langsai!

Artikel Berkaitan: Adik Hidayah Tak Puas Hati! Muat Naik Status Perli Ali Puteh Isu Bayaran Saman, Ini Respons Empunya Badan – “Semalam Datang Nak Bayar Tak Nak Pula”

Artikel Berkaitan: Jual Kereta, Motor, Trofi & Barang Peribadi, Ali Puteh Berjaya Kumpul RM75,000 Lunaskan Hutang Balu Arwah Abam! Semangat Nak Buka Lembaran Baru

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 29 Dec 2022
Featured Wed, 1 Mar 2023
Hiburan Wed, 22 Jun 2022
Trending Wed, 23 Dec 2020
Trending Tue, 24 Sep 2019

美研究:心脏停跳大脑继续运作!人死后仍有意识

人死后会有什么感觉,会看见、听见什么,是大家一直以来争论不休的课题。

Hiburan Tue, 11 Jul 2023
Hiburan Tue, 2 Apr 2019

2019《中国新说唱》全球选拔赛!马来西亚预选赛420举行

第二季《中国新说唱》2019全球选拔赛!马来西亚预选赛4月20日,,招揽大马说唱爱好者参与其盛!