Selepas Gaduh Tarik Rambut, Fyna Jebat & Madu Akhirnya Berdamai?

Kes pertelingkahan antara dua isteri bekas jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan yang heboh di media sosial Januari lalu nampaknya terlerai apabila kedua-keduanya dikatakan sudah berdamai.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Isteri-Isteri Bertelingkah Di Restoran, Ini Respons Zainal Abidin Hassan

Memetik laporan Kosmo!, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, ini selepas isteri pertama Zainal, Datin Zalina Zaini telah menarik laporan berhubung kes itu kira-kira dua minggu lalu.

Jelas Iqbal, setelah pihaknya merujuk kertas siasatan kepada pihak pendakwaan dengan kes tersebut diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

“Mereka sudah tarik report (laporan). Wife (isteri) telah tarik report dua minggu lalu.

“Jadi kita telah rujuk kertas siasatan (kepada pihak pendakwaan).

“Kalau ikut tempoh hari, kita kena bagi bon tetapi mereka telah tarik report dan masing-masing selesai secara baik.

“Jadi, kes selesai dengan diklasifikasikan sebagai NFA,” katanya.

Terdahulu, dalam kejadian di sebuah restoran di Shah Alam, penyanyi Fyna Jebat yang merupakan isteri kedua Zainal didakwa terbabit dalam pertelingkahan dengan isteri pertama suaminya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim mengesahkan berlakunya kejadian itu dan memaklumkan berlakunya insiden tarik rambut di dalam restoran tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh tempat awam).

Awal Januari lalu, Fyna Jebat mengaku sudah bernikah dengan jurulatih bola sepak popular, Zainal Abidin Hassan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ya, Saya Dah Berkahwin” – Fyna Jebat Mengaku Bernikah Dengan Zainal Abidin Hassan

Sumber: Kosmo!

Khairil Khusyairi