Selepas Isu Tegur Pembaca Berita, Ada Pula Netizen Dakwa Hattan Tak Beratur, Suka Potong Barisan?

Nama penyanyi terkenal, Datuk Hattan masih hangat menjadi sebutan ramai sehingga kini ekoran isu tular menegur seorang pembaca berita ketika siaran langsung berita di sebuah stesen televisyen.

Kejadian tersebut berlaku ketika Hattan disoal mengenai memori bersama rakan seangkatannya iaitu Allahyarham Mael XPDC.

Susulan sikapnya itu, rata-rata netizen mengkritik Hattan dan melabel pemyanuyi itu sebagai selebriti tidak beradab.

ARTIKEL BERKAITAN: Dikecam Netizen Gara-Gara ‘Sekolahkan’ Pembaca Berita, Ini Respons Hattan

ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Hattan Enggan Ulas Isu ‘Biadap’ & Permohonan Maaf, Penerbit Dakwa Ada Bukti -” Dia Memilih Untuk Kurang Beradab Hanya Kerana…”

ARTIKEL BERKAITAN: Isu ‘Biadap’ Dengan Pembaca Berita, Syazwan Zulkifly Tampil Pertahan Hattan – “Nak Bantai Aku? Silakan”

Malah isterinya, Datin Arianie Abidin, mendedahkan bahawa mereka turut menerima ugutan bunuh ekoran insiden tersebut.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, ramai dalam kalangan netizen mendakwa mereka juga pernah merasai pengalaman berdepan situasi serupa.

Menerusi ciapan-ciapan mereka, ada segelintir netizen mendakwa sikap Hattan yang dikhabarkan gemar memotong barisan atau tidak suka beratur.

“Tau Hattan orang Negeri Sembilan. Ada sekalu tu tengah beratur nak bayar minyak dekat Petronas, tiba-tiba dia lalu terus potong line dengan muka tak bersalah,” dakwa netizen.

“Dia ni memang macam ni ke haritu pergi JD Pavilion, orang beratur elok je tiba-tiba dia datang potong terus letak kata nak bayar stokin saja,” dakwa netizen lain.

Bukan itu sahaja, sesetengah netizen turut memohon agar Hattan tidak menggunakan gelaran ‘Datuk’ sebagai satu tiket untuk dirinya membuat sesuka hati.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang respons mengenai isu tersebut daripada pihak Hattan sendiri.

Aqilah Paharuzi