[VIDEO] Gara-Gara Nakal, Kepala Budak Lelaki Tersepit Celah Peti Ais Ketika Beraya… Netizen Terhibur!

Tular sebuah video merakamkan aksi seorang budak lelaki tersepit di tepi peti ais menarik perhatian warganet, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, kepala budak lelaki tersebut kelihatan melekat di celah peti ais sewaktu ziarah Raya.

@muhammadfahim4946 Boleh pulak melekat celah peti ais waktu beraya rumah orang.#fyp #foryoupage #shrmzb2023 #shrmzb ♬ original sound – FahimBoulela

Video berdurasi kurang dari satu minit itu ternyata menghiburkan warganet apabila melihat aksi budak lelaki yang sedang menangis gara-gara kepalanya tersepit di tepi peti ais.

Malah, ramai yang berkongsi pengalaman dan aksi-aksi nakal mereka ketika masih kecil apabila bertandang ke rumah sanak saudara pada hari perayaan.

“Confirm jadi bualan setiap kali raya dik. Kau cari apa dik kat dapur orang. Aku syak adik ni fridge magnet lah. Kemain kau roadtour, sampai celah tu tersangkut ya. Kalau aku gelak dulu baru tolong, biarkan dia 5 minit.

“Adik lelaki aku masa kecil nauzubillah punya buas, kepala boleh tersepit celah-celah pagar tu, nasib sekarang jadi manusia berguna.

“Adik, akak waktu 4 tahun tersekat kepala dekat grill rumah, sekarang dah 23 masih kena bahan. Bertabahlah ye,” tulis netizen di ruangan komen.

Nurul Hana