Selepas Jalil Hamid, Giliran Khiriah ‘Sekolahkan’ Isu Bayaran Pelakon

Selepas pelakon Jalil Hamid meluahkan rasa kecewanya terhadap sesetengah syarikat produksi yang menawarkan bayaran tak masuk akal, kini giliran pelakon Noorkhiriah pula!

Khiriah menerusi laman Instagram turut bersetuju dengan status yang ditulis oleh Jalil.

“ Berat mata mandang berat lagi bahu memikul, bertabahlah Abang Jalil… Saya faham apa yang Abang rasa, namun saya tak kuat untuk luahkan semua. 

” Saya sendiri adalah beberapa award namun tetap terima nasib sama macam Abang.

” Award tak menjanjikan bulan bintang, gaji yang tinggi even job pun, andai kita dah tak diperlukan lagi,” tulisnya.

Tambah Khiriah, anugerah diterima itu sekadar bukti bahawa mereka pernah menang satu masa dulu.

“ Anugerah tidak menjanjikan bayaran mahal dan peluang cerah berbanding artis yang mempunyai banyak kontroversi.

“Industri kini… Andai kau muda, cantik boleh jual, kontrovesi berbakul, yes, itu yang dibayar mahal, job bsusun dan bakat tolak tepi.

” Award tak menjanjikan apa-apa, even nak buat batu nisan pun tak laku, maka bertabah dan sabar. Abg Jalil Hamid insan seni hebat di mata saya,” akhirinya.

Semoga apa yang disuarakan oleh dua nama hebat dalam dunia lakonan ini mendapat maklum balas baik daripada pihak berkenaan. Bakat mereka hebat, jangan diperlekehkan begitu saja…

SGMS Faida