Selepas Tiga Tahun, Justin Bieber Akhirnya…

Selepas tiga tahun menyepi, penyanyi terkenal Justin Bieber nampaknya sudah siap sedia menghadiahkan sesuatu kepada peminatnya.

Bakal tampil dalam sebuah dokumentari bersiri berjudul Justin Bieber: Seasons yang bakal berada di platform Youtube bermula 27 Januari ini.

Menariknya, dokumentari ini akan membongkar perjalanan kerjaya seni penyanyi kelahiran Kanada ini bermula dari album pertama sehinggalah kisah percintaan seterusnya perkahwinan bersama model, Hailey Baldwin.

Bieber yang bakatnya dicungkil menerusi platform Youtube pada tahun 2007 mencetuskan fenomena luar biasa di seluruh dunia.

Dengan jumlah pengikut 124 juta, perjalanan hidup Bieber menjadi perbualan dunia apabila pernah berdepan dengan masalah depresi, populariti dan kisah percintaan bersama bekas kekasih, Selena Gomez. 

Awal Disember lalu, Bieber mengumumkan dia bakal tampil dalam sebuah album baharu dan memulakan konsert jelajah Amerika Utara. 

Btw, korang dah layan single baharu Bieber berjudul Yummy ke belum? 

SGMS Faida

Recent Posts