Selepas Sembilan Hari, Nina Iskandar Dedah Wajah Dan Nama Anak

Pelakon, Nina Iskandar yang baru melahirkan cahaya mata pertamanya pada 23 Disember lalu telah memilih nama Muhammad Aaryan ar-Rizqin bagi bayi lelakinya itu.

Perkara itu dikongsi oleh Nina atau nama penuhnya Nur Akmalina binti Iskandar (28) menerusi sebuah entri di akaun Instagram (IG) miliknya baru-baru ini.

Pelakon yang berasal dari Brunei itu turut memuat naik foto bayinya yang sedang nyenyak tidur untuk tatapan umum.

“Kami ingin mulakan tahun 2020 kami dengan memperkenalkan anak lelaki kami, Muhammad Aaryan ar-Rizqin. 

“Kami doakan Rizqin membesar dengan sihat sempurna dan menjadi anak yang soleh. InshaAllah..Ameen,” tulis Nina sebagai kapsyen.  

 

Perkongsian Nina mendapat perhatian pengikut-pengikutnya yang memuji kecomelan Rizqin dan turut sama mendoakan untuknya. 

Untuk rekod, Nina mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Mohd Azlan Adzanan, seorang penolong pengarah drama, pada April 2019. 

Baca: Nina Iskandar Selamat Lahirkan Anak Sulung

Kredit Foto: Instagram @ninaiskandar

Del14