Selesa Bertiga, Forteen Belum Terfikir Cari Pengganti Izzue Islam

Kumpulan Forteen mengaku tidak berfikir mencari pengganti Izzue Islam buat sementara ini.

Kata salah seorang anggotanya, Ariz Lufias, mereka bertiga sudah selesa bersama dalam sebuah kumpulan.

“ Rasanya lebih okay bertiga. Bukan apa, nak kenal ahli kumpulan baharu akan ambil masa dan agak susah.

“ Buat masa ini kami selesa bertiga dahulu,” katanya.

November lalu, Izzue membuat keputusan mengundurkan diri daripada Forteen dan kini kumpulan itu dianggotai oleh Ariz, Ameer Rais dan One.

Dalam perkembangan lain, Forteen kini muncul dengan single Diam Saja ciptaan Adam Armin dan Joseph Khan manakala lirik ditulis oleh Forteen sendiri.

Lirik video sudah boleh ditonton di Youtube sejak 1 Mac lalu.

Jelas Ariz, lagu ini mengisahkan sebuah perhubungan percintaan yang mana ada kala berdiam lebih baik untuk memastikan hubungan itu terus berjalan lancar.

SGMS Faida