Tok Ti Disifatkan Sebagai Super Woman!

Selepas kejayaan besar konsert jelajah penyanyi nombor satu negara, Dato Sri Siti Nurhaliza yang dibanjiri lebih 10 ribu orang pada Sabtu lepas, penyanyi itu kelihatannya tidak kekok melayan tetamu ketika majlis sambutan kelahiran puteri kesayangannya, Siti Aafiyah semalam. 

Dan, bagaikan sudah sebati dalam diri penyanyi ini, Tok Ti kelihatannya mesra menyambut tetamu yang hadir dengan senyuman yang tak lekang di pipi beliau. Malah, kelihatan tenang melayan media. Justeru itulah, ramai yang melabel penyanyi kesayangan ramai ini sebagai seorang Super Woman.

Jom! kita tengok kemeriahan sepanjang sambutan hari kelahiran Siti Aafiyah.

 

Wah, rata-rata selebriti yang datang bukan calang-calang orang ye. Boleh dikatakan semuanya super woman. Betul Tak?

Sambutan hari kelahiran Siti Aafiyah ini turut dibanjiri komen-komen dari followers Tok Ti sendiri.

Dengan hashtag #aafiyahanakibu, nampaknya sambutan kelahiran Siti Aafiyah yang ke- 1 tahun ini betul-betul memebrikan sinar kegembiraan buat Tok Ti dan suami.

Apapun, kami di Xtra juga ingin mengucapkan selamat hari jadi buat si comel pipi merah, Aafiyah!

Salma Syahbuddin