Selesa Kerja Dengan Penyanyi Cilik, Apa Alasan Hasnol?

Tampil dengan projek baharu untuk tahun 2020, penyanyi dan komposer Hasnol bakal bergelar penerbit album penyanyi cilik, Yuba Boukendoul.

Istimewanya, album ini bakal mengetengahkan lagu dalam pelbagai bahasa antaranya Melayu, Inggeris dan Cina.

“Saya tidak boleh bercakap lebih lanjut mengenai projek ini kerana belum siap sepenuhnya.

“Apa yang boleh saya kongsi untuk album ini,saya mengetengahkan lagu bercorak ala ala Shawn Mendez dan rap, sesuai untuk golongan remaja.

“Kisah lagu juga dekat dengan kehidupan sebenar malah akan ada juga lagu Cina dan India di mana saya akan bekerjasama dengan pihak ParisZki,” kongsinya kepada Xtra pada majlis sidang media mengumumkan peraduan ‘Prince/Princess Cherongsam-Samfu 2020’ yang akan berlangsung selama dua hari bermula 1 Februari depan di Quill Mall.

Tambah penyanyi yang popular dengan lagu ‘Laguku Untukmu’ ini, dia mengaku lebih selesa bekerja dengan penyanyi cilik berbanding senior.

“Mereka lebih dengar cakap dari mereka yang berumur, degil lain sikit lah,” katanya sambil ketawa.

Sementara itu, album penuh Yuba dijangka akan dilancarkan pada Julai depan.

Dalam masa sama, Hasnol memaklumkan bersedia dan tidak menolak menghasilkan lagu dan menerbitkan album untuk penyanyi cilik lain juga.

Untuk rekod, Yuba merupakan pemenang pertandingan Prince & Princess 2019 International dan Global of Star Macao International.

Oleh: Fas

SGMS Faida