Semarakan 10 Malam Terakhir Ramadan, Erma Fatima Anjur Program Taman Tadarus Al-Quran

Pengarah, penerbit dan pelakon Erma Fatima tampil mengajurkan program Taman Tadarus Al-Quran di Ribath Fatimah Az-Zahra bagi menyemarakkan lagi 10 malam terakhir Ramadan.

Menurut Erma, program tersebut telah berlangsung sejak awal bulan Ramadan dan masih terbuka untuk menerima penyertaan orang ramai yang berminat.

“Assalamualaikum, 10 hari lagi. Alhamdulillah, dah 20 hari kami berada di Taman Tadarus Ramadan ini yang mana kita membuat Tadarus Al-Quran tanpa berhenti walaupun seminit.

“Rotate sahaja setiap hari Insya-Allah, kita cuba nak lengkapkan 30 hari. Untuk sesiap yang nak sertai program kami ini iaitu membaca Al-Quran bersama kami, mengikut waktu dan kelapangan masa boleh hubungi pihak kami,” katanya.

Dalam perkembangan lain, kini drama arahannya bersama Along Kamaludin, Lelaki Itu sudah bersiaran menerusi Slot Samarinda TV3, sejak 19 Mac lalu.

Drama yang sarat dengan kisah moral itu juga telah dibintangi oleh barisan pelakon hebat tanah air seperti Datuk Adi Putra, Che Puan Sarimah Ibrahim, Nabila Huda, Fazura, Hannah Delisha, Sophia Albarakbah, Nadia Brian, Aedy Ashraf dan ramai lagi.

Orang ramai boleh menonto drama tersebut menerusi Slot Samarinda TV3, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 10 malam atau secara strim di Tonton.

 

Fatin Nurain