Hiburan By: SGMS Faida May 1, 2019 @ 12:08pm

‘Semoga Allah Permudah Urusan Saudaraku Dunia & Akhirat’- Adam Corrie Gembira Penghijrahan Micheal Ang

Susulan berita penghijrahan pengarah terkenal Micheal Ang semalam, pelakon Adam Corrie Lee memanjatkan rasa syukur dan gembira dengan berita itu.

Menerusi laman Instagram, Adam mengulang siar kenyataan Micheal di Instagram memanjatkan rasa syukur dengan keputusan yang dibuat oleh Micheal sejak setahun lalu.

” Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Syukur tak terkata, menitis air mata saya dapat khabar berita ini. Selamat kembali wahai saudaraku.

” Semoga Allah permudahkan segala urusan saudaraku dunia & akhirat,” tulisnya. 

Semalam, Micheal Ang memuatnaik mendedahkan dia telah memeluk agama Islam sejak setahun lalu. Dalam entri berkenaan, Micheal memohon agar diberi tunjuk ajar atau teguran sekiranya dia tersilap.

” Assalamualaikum! Saya budak baru kalau ada salah tolong tegur.

” Doakanlah yang baik-baik. Maaf kalau saya rahsiakan ni dah lebih dari setahun. Cuma I rasa perkara ni adalah antara saya dengan Allah dan keluarga saya,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 3 Apr 2022
Featured Tue, 2 Aug 2022
Hiburan Tue, 25 Jun 2024

Siti Nurhaliza Belum Bersedia Ulas Isu Pelantikan Pakar Di UMCced

Kita nantikan penjelasan daripada pihak berkenaan okay

Hiburan Mon, 29 Oct 2018

Tahniah! Tauke Timang Anak Ketujuh

Comelnya anak Tauke Jambu, macam papa atau mama dia ni? Hehe. Tahniah Tauke & Nadia!

Hiburan Mon, 9 Apr 2018

Buang Lemak! Sherry Al- Hadad Diberi Amaran

Mana taknya, dahulu sahaja berat Sherry sudah mencecah sebanyak 119 kilogram dan selepas tiga bulan Sherry sudah berjaya menurunkan berat badannya sehingga 108 kilogram. Namun, menurut Sherry sasarannya adalah untuk menurunkan berat sehingga bawah 100 kilogram dalam masa dua bulan sahaja lagi. Wow!